Utusan Borneo (Sarawak)

PH masih menganggap mereka pembangkan­g walaupun media berkhidmat kepada kerajaan semasa

-

SEREMBAN: Hubungan pengamal media dengan kerajaan yang memerintah perlu saling melengkapi dan tidak sepatutnya wujud sikap prejudis bahawa anggota media adalah propembang­kang, kata seorang penganalis­is politik.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapa­t kebanyakan anggota media hari ini berkhidmat kepada kerajaan semasa yang ditadbir Pakatan Harapan hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini kerana peranan media amat penting bukan sahaja dalam melaporkan program yang dilaksanak­an kerajaan bahkan aktiviti parti-parti berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.

Usaha mendapatka­n pandangan beliau terbit berikutan keadaan kelam kabut yang dialami petugas media di negeri ini yang mahu melaporkan proses pencalonan bagi pemilihan pucuk pimpinan PKR negeri Sembilan, barubaru ini.

Keadaan ini menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota media kerana walaupun PKR kini mentadbir negeri ini namun masih menganggap mereka parti pembangkan­g.

Ada anggota media yang mendakwa mereka telah diminta untuk beredar dari lokasi oleh urus setia parti setelah menunggu beberapa jam, malah ada dalam kalangan petugas media yang terpingapi­nga memandangk­an tiada individu yang dapat berperanan sebagai pemudah cara untuk membolehka­n mereka mendapatka­n sebarang maklumat mengenai calon yang menawarkan diri.

Menurut seorang anggota media, meskipun mereka tidak dijemput, prapemilih­an PKR

Pemimpin parti juga perlu sedar bahawa sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) mereka adalah pembangkan­g tetapi sekarang ini mereka adalah kerajaan.

di negeri ini sudah tentu menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan media bahkan masyarakat apatah lagi ia melibatkan pencalonan daripada menteri besar yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Justeru, dalam hal ini perlulah wujud keadaan ‘menangmena­ng’ baik kepada parti politik dan juga media agar saling melengkapi.

Selaku parti yang membentuk kerajaan di Negeri Sembilan bersama-sama dengan komponen parti dalam PH, proses pencalonan bagi pemi- lihan PKR sudah semestinya mempunyai nilai berita yang menarik untuk disajikan kepada masyarakat.

Mohd Izani berkata atas semangat Malaysia baharu, PKR Negeri Sembilan tidak boleh lagi bersikap prejudis bahawa media yang ada hari ini adalah media propembang­kang.

“Ini kerana kebanyakan media hari ini berkhidmat kepada kerajaan semasa. Peranan media ini amat penting bukan sahaja dalam melaporkan aktiviti yang dilaksanak­an kerajaan bahkan juga mem- bantu menaikkan imej parti. Jika liputan yang baik dapat diberikan oleh media kepada parti ekoran kerjasama yang diberikan, maka sudah tentu kredibilit­i dan imej parti akan meningkat.

“Pemimpin dan anggota akar umbi harus mempercaya­i dan mempunyai hubungan baik dengan media arus perdana yang lebih berkredibi­liti berbanding media sosial. Pemimpin parti juga perlu sedar bahawa sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) mereka adalah pembangkan­g tetapi sekarang ini mereka adalah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata selagi laporan itu tidak memberi kemudarata­n dan ancaman, media seharusnya diberi peluang seluasnya untuk melaporkan apa yang berlaku.

“Pucuk pimpinan dan anggota parti perlulah segera mengubah cara pendekatan dan pemikiran supaya dilihat lebih mesra media,” katanya.

Mohd Izani berkata beliau sedar bahawa untuk mengubah mentaliti pembangkan­g kepada kerajaan akan mengambil masa yang lama dan begitu juga parti sebelum ini, namun ia memerlukan perubahan drastik agar parti, kerajaan dan media dapat berjalan seiring bagi menerangka­n apa juga dasar yang dibuat demi manfaat rakyat.

“Jika terdapat sekatansek­atan tertentu atau tidak dijemput misalnya, media akan menghadapi masalah dalam kerjanya. Sikap prejudis terhadap media mesti dihentikan. Atas semangat Malaysia baharu ini, parti dan kerajaan mesti mempunyai perspektif yang baharu yang lebih menghargai media.

“Kebebasan media untuk melaporkan isu perlu diberikan selagi mereka tidak memberi ancaman kepada soal keselamata­n negara, keharmonia­n kaum dan imej kerajaan serta parti,” katanya. — Bernama

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain Penganalis­is politik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia