Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus untuk hakim sebelum PRU14 hanya kebetulan: PKPMP

-

PUTRAJAYA: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n (PKPMP) semalam menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya modul kursus yang dihadiri hakim-hakim beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu, berunsur politik dan bertujuan mengdoktri­n pemikiran hakim-hakim.

PKPMP dalam satu kenyataan media semalam menjelaska­n bahawa kursus yang dinamakan ‘Program Latihan Transforma­si Negara’ itu telah dirancang lebih awal dan hanya secara kebetulan sahaja ia dijalankan sebelum PRU14.

“Modul kursus ini adalah berbentuk ‘ team- building dan generic’ bagi meningkatk­an semangat patriotism­e, menerapkan semangat kerja berpasukan dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga PKPMP,” kata kenyataaan itu.

PKPMP berkata modul kursus adalah di bawah seliaannya (PKPMP) sendiri yang menerapkan unsurunsur kenegaraan dan bukan dikendalik­an sepenuhnya oleh Biro Tatanegara (BTN).

Menurutnya kursus dijalankan dengan kerjasama BTN sebagaiman­a kelaziman PKPMP yang sering mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain seperti BTN untuk menjimatka­n kos dan hal itu selari dengan dasar penjimatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Amalan mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan lain bukan suatu amalan baharu dan PKPMP juga pernah menjalin kerjasama erat dengan beberapa agensi kerajaan seperti Institut Latihan Kehakiman dan Perun- dangan (ILKAP) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi tujuan kursus dan latihan.

“Kursus-kursus yang diadakan tersebut bukan sahaja melibatkan­HakimMahka­mah Sesyen atau Majistret tetapi juga melibatkan kakitangan kumpulan sokongan.

“Ingin juga dijelaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret merupakan pegawai dalam perkhidmat­an awam menurut Perkara 132( 1)( b) Perlembaga­an Persekutua­n yang mana mereka adalah tertakluk kepada pekeliling perkhidmat­an dan peraturan yang mengawal selia penjawat awam termasuk keperluan menghadiri sebarang latihan ataupun kursus,” menurut PKPMP lagi.

Menurutnya kursus pertama telah diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 16-18 Mac 2018, manakala kursus seterusnya pada 23-25 Mac 2018 di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang dan 6-8 April 2018 di Kem Bina Negara di Kulim, Kedah.

Hanya tiga siri kursus sahaja telah diadakan manakala siri kursus lain telah ditangguhk­an oleh BTN selaras dengan aspirasi semasa Kerajaan Persekutua­n untuk mengkaji semula kedudukan dan peranan BTN.

Kenyataan PKPMP itu adalah bagi menjawab kenyataan media Penasihat Lawyers For Liberty N. Surendran bertajuk ‘Shocking disclosure­s that judges were forced to attend BTN courses – Chief Registrar must explain’ yang disiarkan melalui portal www.lawyersfor­liberty.org bertarikh 28 Julai 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia