Utusan Borneo (Sarawak)

Lokman jamin selesaikan isu tapak sampah Telok Menegon jika menang

-

SHAH ALAM: Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil ( PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Lokman Noor Adam semalam memberi jaminan akan menyelesai­kan isu tapak pelupusan sampah haram di Telok Menegon, Klang di sini, sekiranya memenangi pilihan raya tersebut Sabtu ini.

Beliau berkata pihaknya mendapat aduan daripada penduduk setempat bahawa kawasan itu telah menjadi ta- pak pelupusan sampah walaupun ia tidak pernah digazetkan oleh kerajaan negeri.

“Sebelum ini kita dimaklumka­n ada laporan telah dibuat oleh penduduk tetapi tiada tindakan drastik dibuat. Mereka terpaksa berdepan dengan kehadiran lalat serta bau yang sangat busuk.

“Sebab itu saya ada satu mekanisme untuk selesaikan isu tersebut dan saya akan pastikan tapak itu tidak lagi menjadi tapak pelupusan sampah haram sekiranya saya dipilih (sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis),” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Media sebelum ini turut melaporkan penduduk di kawasan itu mendakwa masalah yang dihadapi mereka telah berlarutan sejak empat tahun lepas berikutan tapak pelupusan sampah haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari kawasan kediaman mereka. — Bernama ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam mengumumka­n rombakan portfolio Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selaras dengan kementeria­n di peringkat kerajaan persekutua­n.

Selain itu, Mukhriz turut memaklumka­n rombakan itu susulan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah pagi semalam.

“Kita membuat sedikit rombakan kepada portfolio ataupun jawatankua­sa-jawatankua­sa tetap Exco seperti mana yang telah saya nyatakan antara lain tujuan untuk selaras dengan kementeria­n di peringkat Kerajaan Persekutua­n,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Sistem Atas Talian Syariah, dikenali sebagai ‘myReCourt’ (My Registrati­on Court) di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankua­sa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Berikut adalah senarai exco bersama portfolio baharu mereka:

* Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir: Pengerusi Jawatankua­sa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan

* Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)

* Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tem- patan dan Perumahan

* Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga

* Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama

* Mohd Asmirul Anuar Aris: Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an

* Ooi Tze Min: Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

* Dr Salmee Said: Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Sumber Manusia

* R. Summugam: Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

* Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan

* Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Lokman (duduk kiri) beramah mesra bersama penduduk ketika Program Ziarah Kasih di Kampung Jawa di Klang semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Lokman (duduk kiri) beramah mesra bersama penduduk ketika Program Ziarah Kasih di Kampung Jawa di Klang semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mukhriz (kanan) bersalaman dengan Mohd Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mukhriz (kanan) bersalaman dengan Mohd Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia