Utusan Borneo (Sarawak)

The Red Devils pastikan ‘rungutan’ Mourinho berakhir United akhiri jelajah pramusim di AS dengan kemenangan apabila tewaskan Real 2-1 hasil jaringan Sanchez, Herrera

-

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, akhirnya mendapat sesuatu yang boleh menggembir­akan ketika jelajah pramusim kelab di AS berakhir dengan kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid menerusi gol dalam separuh masa pertama oleh Alexis Sanchez dan Ander Herrera.

Mourinho inho kelihatan an sentiasa sugul sepanj a n g d u a mingg u jelajah p r a - musim di AS selain ain mengkritik ritik kekurangan ngan aktiviti dalam alam pasaran perpindaha­n dan juga mengkritik beberapa pemain utamanya.

Tetapi melihat pasukannya mendahului 2-0, ia sesuatu yang menggalakk­an selain mengekang kebangkita­n Real selepas Karim Benzema merapatkan kedudukan sebelum rehat.

“Saya tidak belajar apa-apa dari jelajah pramusim ini,” kata Mourinho. “Saya tahu dan kenal siapa Ander Herrera, Juan Mata dan Alexis Sanchez.

Saya tidak belajar apa-apa dari jelajah ini. ” pramusim Jose Mourinho Pengurus Manchester United

“Saya tahun pemain muda perlukan masa untuk berkembang. Saya tahu pemai pemain saya mem memberika kan sega l a - galany ya dan p pada 15 minit terakhir, kami k keletiha han dan me mereka

memasukkan Toni Kroos dan Asensio dan Isco dan saya fikir kami tidak dapat bertahan tetapi kami mampu.

“Ia adalah semangat yang kami perlukan kerana pada dua atau tiga minggu per- tama dalam Liga Perdana Inggeris, ia pastinya sukar bagi kami kerana kami tidak membuat persediaan untuk itu.” Mourinho tanpa 12 pemain utama pada jelajah pramusim kerana mendapat cuti tambahan selepas penglibata­n dalam negara masing-masing di Piala Dunia 2018 di Rusia. Di hadapan 64,141 penonton di Stadium Hard Rock di sini, United menamatkan persediaan pramusim menentang pasukan Real Madrid yang juga kebany a k a n n y a dibarisi pemain yang b a h a r u menjalani latihan. La Liga Sepanyol hanya bermula seminggu lebih lewat berbanding Liga Perdana, jadi jurulatih baharu Real Madrid, Julen Lopetegui dapat menurunkan pemain seperti Gareth Bale sementara Toni Kroos bermula di bangku simpanan. Penjaga gol United, David de Gea, juga membuat penampilan pertama sejak kembali dari cuti tambahan dan beliau hampir bolos seawal minit kelapan – dengan Bale memulakan pergerakan yang menyaksika­n penyudah Benzema tersasar.

Fred, yang dibeli pada awal musim panas ini untuk yuran perpindaha­n 52 juta pound, membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama bersama United dan kelihatan menyesuaik­an diri dengan baik.

Pada minit ke-18, United membuka jaringan apabila Sanchez menyempurn­akan umpanan Matteo Darmian.

Ia adalah peluang terbaik pertama United dan disudahkan dengan baik.

Gol kedua hadir pada minit ke-27 apabila Herrera menyempurn­akan umpanan Sanchez namun Benzema merapatkan kedudukan beberapa minit sebelum rehat dari umpanan cantik Theo Hernandez.

Bale, yang pernah menjadi buruan Mourinho, dikeluarka­n pada separuh masa kedua dengan Lopetegui menukar beberapa pemain yang lain dengan salah seorang pemain gantian, Martin Odegaard, hampir mengikat kedudukan pada minit ke-56 tetapi penyudahny­a melambung tinggi.

Ia adalah kemenangan pertama United dalam 90 minit perlawanan pada jelajah pramusim ini. Mereka ada menewaskan AC Milan tetapi menerusi penentuan sepakan penalti minggu lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? TIDAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN: Mourinho beredar meninggalk­an padang sebaik tamat separuh masa pertama perlawanan di Stadium Hard Rock, Miami kelmarin. TIDAK BERI PELUANG: Sanchez (depan) menerima tentangan sengit daripada pemain pertahanan Real Madrid,...
— Gambar AFP — Gambar AFP TIDAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN: Mourinho beredar meninggalk­an padang sebaik tamat separuh masa pertama perlawanan di Stadium Hard Rock, Miami kelmarin. TIDAK BERI PELUANG: Sanchez (depan) menerima tentangan sengit daripada pemain pertahanan Real Madrid,...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia