Utusan Borneo (Sarawak)

Emery harus jual pemain terlebih dahulu jika mahu dapatkan N’Zonzi dari Sevilla

-

LONDON, England: Pemain antarabang­sa Perancis, Steven N’Zonzi adalah sasaran utama untuk kelab Arsenal tetapi kelab menegaskan kepada pengurusny­a, Unai Emery di mana beliau harus menjual pemain sebelum dapat membuat pembelian.

Emery sudah membelanja­kan 70 juta pound yang diperuntuk­kan oleh kelab pada musim panas ini dengan mendapatka­n Matteo Guendouzi, Bernd Leno, Sokratis Papastatho­poulos dan Lucas Torreira.

Beliau mahu membelanja­kan 25 juta lagi untuk mendapatka­n N’Zonzi dari kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain berusia 29 tahun itu pernah memenangi Liga Europa bersama Emery ketika bersama- sama di Sevilla, selain memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis bulan ulan lepas.

E m e r y perlu mendapatka­n w a n g t e r l e b i h d a h u l u untuk kemungkina­n n m e m b e l i N’Zonzi dan an ia satu petananda pemergian gian Aaron Ramsey. msey.

Ramsey, 27, akan tamat kontrak rak pada Jun tahun hadapan.

Arsenal sudah kehilangan seorang pemain tengah pada musim panas ini, Jack Wilshere tanpa sebarang yuran perpindaha­n dan mereka pastinya keberatan untu untuk membiarkan Ramsey juga pergi tanpa seb a r a n g yuran perpindaha­n pada tahun hadapan. K e l a b ji jiran, Chels e a , a d a me menyuaraka­n min minat tetapi keput keputusan akhir di tanga tangan Ramsey sekiranya mahu berpindah atau tidak. Namun seorang pemain yang akan kekal ialah Emile Smith Rowe, 18, yang mendapat ganjaran selepas prestasi cemerlang pada pramusim dengan kontrak baharu lima tahun.

Smith- Rowe menjaringk­an satu gol cantik pada perlawanan persahabat­an menentang Atletico Madrid minggu lepas dan telah menarik perhatian Emery.

Tepat setahun selepas menandatan­gani kontrak profesiona­l pertama bersama Arsenal, pemenang Piala Dunia Bawah 17 Tahun itu diberikan kontrak baharu bernilai 15,000 pound seminggu.

Emery berkata: “Saya sangat gembira dengan Emile. Beliau berusaha gigih untuk pasukan.” — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? KANTE JADI REBUTAN: Pulisic (tengah) mempamerka­n aksi cemerlang ketika melepasi dua pemain pertahanan Benfica pada perlawanan Piala Juara Antarabang­sa di Heinz Field, Amerika Syarikat 25 Julai lepas.
— Gambar Reuters KANTE JADI REBUTAN: Pulisic (tengah) mempamerka­n aksi cemerlang ketika melepasi dua pemain pertahanan Benfica pada perlawanan Piala Juara Antarabang­sa di Heinz Field, Amerika Syarikat 25 Julai lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia