Utusan Borneo (Sarawak)

Kante dilapor akan terima 290,000 pound seminggu, usaha Chelsea tepis tarikan PSG

-

LONDON, England: Pemain tengah antarabang­sa Perancis, N’Golo Kante, yang dianggap ‘elemen penting’ dalam skuad juara Piala Dunia 2018 oleh jurulatihn­ya, Didier Deschamps, telah ditawarkan kontrak baharu lima tahun oleh kelabnya, Chelsea, menurut laporan media British Selasa lepas.

Pemain berbadan kecil berusia 27 tahun itu – yang ‘merampas’ bola lebih banyak dari mana-mana rakan sepasukann­ya semasa kempen Piala Dunia 2018 di Rusia – akan menerima gaji baharu 290,000 pound seminggu jika menandatan­gani kontrak baharu, lapor akhbar The Times dan London Evening Standard.

Chelsea, yang memecat pengurus Antonio Conte walaupun memenangi Piala FA Inggeris musim lepas tetapi gagal layak ke Liga Juara-Juara, mahu menangkis tarikan dari kelab Paris Saint Germain (PSG), yang dikatakan berminat untuk membawa Kante ke Paris.

Kontrak baharu akan menyaksika­n gaji Kante naik hampir dua kali ganda dari kontrak semasa – 150,000 pound seminggu – yang hanya akan berakhir pada 2021.

Kante adalah pemain penting dalam skuad Chelsea yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2016/2017 di bawah bimbingan Conte selepas tiba dari Leicester City untuk yuran perpindaha­n 32 juta pound.

Beliau berpindah ke Chelsea selepas membantu Leicester memenangi kejuaraan Liga Perdana pada 2016.

Chelsea juga dilaporkan bersedia menambah gaji ming- guan seorang lagi pemain bintangnya, Eden Hazard dari 220,000 pound semasa – tangga gaji tertinggi kelab ketika ini – kepada 300,000 pound dalam usaha memujuknya untuk tidak ke Real Madrid, yang menunjukka­n minat walaupun yuran perpindaha­n 200 jutapoundm­ungkin mampu mengubah pendirian Chelsea.

Hazard dan penjaga gol Thibaut Courtois, yang dipercayai menerima bidaan 35.5 juta pound dari Real Madrid, hanya akan kembali dari percutian hujung minggu ini selepas membantu Belgium menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2018. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia