Utusan Borneo (Sarawak)

INASGOC disaran mengharamk­an penyokong liar masuk stadium

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC) disarankan mengambil langkah keselamata­n bagi mengekang isu kekecohan oleh samseng bola sepak terutama dalam perlawanan penting pada temasya Sukan Asia 2018, bulan ini.

Bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia ( MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata pihak tuan rumah terlebih dahulu perlu mengenal pasti kumpulan penyokong bola sepak berpotensi bertindak liar dan melarang mereka daripada memasuki stadium.

Tindakan mengharamk­an penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bukan sesuatu yang baharu malah Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) turut mengamalka­n langkah tersebut, katanya.

“Pihak tuan rumah perlu lebih berwaspada terhadap segelintir penonton liar supaya mereka tidak mencemarka­n reputasi negara mereka. Oleh itu amat penting bagi negara tuan rumah memastikan keselamata­n berada di tahap yang terbaik,” katanya.

Tunku Imran berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dalam rancangan ‘Bernama Today’ terbitan Bernama News Channel (BNC), di Wisma Bernama di sini semalam.

Sebelum ini, penyokong Indonesia dilaporkan bertindak liar dengan melemparka­n botol dan pelbagai objek ke arah pasukan Malaysia selepas negara itu tewas pada separuh akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, Surbaya, bulan lepas.

Terbaru, penyokong Indonesia menghina skuad negara dengan menyanyi ‘Malaysia itu Anjing’ pada Kejuaraan AFF Bawah B-16 di Stadium Joko Samudro, Surabaya.

Sementara itu, Sim berkata INASGOC harus berusaha meningkatk­an keyakinan negara peserta dan penyokong mengenai tahap keselamata­n pada temasya sukan itu yang bermula secara rasmi dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

“Ini bukan sahaja untuk acara bola sepak malah untuk semua jenis sukan. Saya harap kerajaan Indonesia akan mengambil langkah yang lebih drastik dalam aspek keselamata­n pegawai dan atlet,” katanya.

Beliau berkata sukan tidak sepatutnya dijadikan medan untuk meluahkan rasa kebencian dan kemarahan malah semangat kesukanan itu sendiri bertentang­an dengan tindakan ganas dan sikap kebencian terhadap atlet dan negara.

Beliau yakin ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azmin Mohd Zabidi akan memastikan keselamata­n dan kebajikan pegawai dan atlet negara terjamin sepanjang temasya sukan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia