Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus kepada barisan pemain sedia ada Kegagalan dua pemain melapor diri tidak akan menjejaska­n persiapan skuad negara : Kim Swee

-

PETALING JAYA: Kegagalan dua pemain pasukan Pahang melapor diri ke kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menjelang Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan ternyata tidak memberi impak kepada persiapan pasukan.

Ketua jurulatih skuad B23 negara, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau menganggap Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih yang sepatutnya melapor diri selewat-lewatnya kelmarin tidak akan hadir sekali gus digugurkan daripada pasukan serta-merta.

Katanya, beliau tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal ketiadaan pemain selain menyifatka­n dua pemain senior, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali mampu menggalas tugas tersebut.

“Dua pemain itu (Matthew dan Nor Azam) saya anggap tidak hadir dan kita tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang pemain yang tidak hadir. Saya perlu fokus kepada barisan pemain sedia ada.

“Saya tidak nampak ada sebarang kerencatan dari segi persiapan kita. Tanpa mereka kita mungkin terasa sedikit impak tetapi pada masa sama kita mempunyai Baddrol, yang saya percaya mampu menggalas tugas Nor Azam dan Rizal untuk mengambil tempat Matthew,” katanya.

Sementara itu, Kim Swee turut memaklumka­n dua lagi pemain, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syamer Kutty Abba turut digugurkan daripada pasukan susulan mengalami kecederaan.

Menurut beliau tiada pemain baharu akan dipanggil untuk mengisi dua slot itu memandangk­an tempoh persiapan semakin singkat selain ia boleh menjejaska­n persiapan pasukan.

“Selepas berbincang dengan pihak perubatan terutamany­a doktor pasukan, kita mendapati mereka (Aidil dan Syamer) memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya.

“Kita masih mempunyai barisan pemain mencukupi dan mempunyai kualiti untuk mengisi slot yang ditinggalk­an. Jadi saya harap pemain sedia ada mampu menggalas segala cabaran kita di Sukan Asia,” katanya.

Sebagai persediaan ke Sukan Asia 2018, skuad B- 23 negara akan mengadakan aksi persahabat­an berdepan skuad B-23 China di Changzhou pada 5 Ogos.

Acara bola sepak lelaki Sukan Asia 2018 menyaksika­n Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kyrgyzstan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Kim Swee (kiri) ketika bersama para pemain pada sesi latihan skuad bawah 23 tahun negara bagi menghadapi cabaran Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.
— Gambar Bernama FOKUS: Kim Swee (kiri) ketika bersama para pemain pada sesi latihan skuad bawah 23 tahun negara bagi menghadapi cabaran Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia