Utusan Borneo (Sarawak)

Modric dilaporkan berminat sertai Inter

-

MADRID, Sepanyol: Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, dalam bahaya kehilangan seorang lagi pemain bintang selepas laporan di mana pemain tengahnya, Luka Modric berminat untuk satu perpindaha­n ke Inter Milan, menurut laporan di Itali. Ia menyusul ekoran perpindaha­n Cristiano Ronaldo ke Juventus di Itali beberapa minggu yang lalu. Sekarang Modric, pemain terbaik di Piala Dunia 2018 di Rusia, dilaporkan mahu meninggalk­an Real dengan Inter difahamkan ada menyuaraka­n minat. Penyiaran Sky Sports d i I t a l i dan Gazzetta dello Sport melaporkan Inter Milan mahu memberikan saingan serius kepada Juventus dalam Serie A Itali pada musim hadapan dengan mendapatka­n pembelian besar.

Mereka sudah memiliki tiga rakan senegara Modric dari Croatia - Marcelo Brozovic, Ivan Perisic dan pemain pinjaman baharu dari Atletico Madrid, Sime Vrsaljko.

Sekarang Modric – yang ketika ini masih bercuti di Itali selepas membantu Croatia melangkah ke final Piala Dunia – menjadi perhatian dan menurut Gazzetta, bersikap terbuka dengan sebarang perpindaha­n.

Sky bagaimanap­un berkata sebarang perjanjian pastinya ‘ sukar’, dengan Real sememangny­a tidak mahu kehilangan pemain bintang selepas Ronaldo.

Ketika khabar angin menular tentang masa depannya, Modric dan isterinya, Vanja Bosnic dilihat sedang bercuti di Porto Cervo.

Reputasi Modric melonjak mendadak selepas aksi cemerlang di Rusia di mana Croatia menewaskan pasukan seperti Argentina, Rusia dan England untuk ke final tetapi tewas 2-4 kepada Perancis. — Reuters

 ??  ?? MODRIC
MODRIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia