Utusan Borneo (Sarawak)

Silva jadikan pembelian Rojo satu keutamaan

-

LONDON, England: Kelab Everton dikatakan berminat untuk mendapatka­n pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo dengan perjanjian bernilai 30 juta pound.

Pengurus baharu Everton, Marco Silva, yang menjadi jurulatih Sporting Lisbon ketika Rojo berpindah ke Old Trafford dengan yuran 16 juta pound empat tahun yang lalu, menjadikan pembelian pemain pertahanan tengah antarabang­sa Argentina itu sebagai keutamaan beliau pada musim panas ini.

Silva amat mengenali Rojo, 28, dan mahu beliau bermain di bahagian kiri formasi tiga pemain pertahanan.

United menyedari minat dari Everton tetapi mereka masih belum menerima tawaran rasmi.

Rojo bercuti di Mexico selepas Piala Dunia 2018 dan kembali ke Manchester minggu lepas berbanding menyertai rakan sepasu- kannya semasa jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS).

Beliau dikatakan mengalami kecederaan ringan di Rusia tetapi sebab utama kembali ke Manchester ialah untuk membincang­kan masa depannya selepas mendapat tahu beliau adalah salah seorang dari lima pemain pertahanan tengah yang perlu dijual untuk mendapatka­n pemain baharu.

United juga ada menerima pertanyaan untuk Victor Lindelof dari kelab Lyon, yang hanya tiba di Old Trafford dari Benfica setahun yang lalu tetapi mereka telah menolak tawaran itu.

Pengurus United, Jose Mourinho, terdesak untuk mendapatka­n pemain pertahanan tengah baharu sebelum pasaran perpindaha­n pemain di England ditutup pada 9 Ogos tetapi United terus kecewa dalam usaha untuk mendapatka­n Harry Maguire dari Leicester City. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia