Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat pelaburan bakat bola sepak tempatan: Steven

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim meminta agar pelaburan ke atas bakat bola sepak tempatan ditingkatk­an, walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dibenarkan untuk mengambil pemain naturalisa­si.

Beliau berkata penggunaan pemain naturalisa­si dalam skuad Harimau Malaya, tidak harus melencongk­an fokus daripada meneruskan pembanguna­n sukan itu di peringkat akar umbi.

“Dalam jangka masa panjang, strategi terbaik dalam pembanguna­n bola sepak negara adalah untuk mencungkil bakat-bakat setempat. Ini telah pun dilakukan selama ini, jadi kita kena lihat strategi pembanguna­n sukan bola sepak daripada usia muda lagi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program ‘Bernama Today’ di saluran Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, semalam.

Mengulas mengenai pendapat bahawa penggunaan pemain import dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) merupakan punca kemerosota­n prestasi skuad kebangsaan, dengan mengutamak­an pemain import di posisi utama seperti penyerang, Steven berkata bakat tempatan harus diketengah­kan.

Beliau berkata, semua pihak termasuk jurulatih dan pasukan yang bersaing di Liga-M harus bersedia untuk melakukan pelaburan kepada bakat tempatan.

“Contohnya, mengeluark­an dana, menyediaka­n kemudahan dan memberikan peluang bertanding serta menunjukka­n prestasi kepada pemain tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia