Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Sarawak B menutup kempen Piala Presiden dengan kekecewaan

-

KUCHING: Pasukan Elite dinobatkan juara Liga Beregu 180 & Ke bawah Megalanes Adventure World minggu lalu selepas bersaing sengit menewaskan pemenang tempat kedua, Elite 3 dengan 8-7.

Menduduki tempat ketiga pasukan On Sik On meskipun tewas 7- 8 kepada Air Strike yang jatuh ke kedudukan kelima.

77 United Bowlers memintas pada saat akhir untuk menduduki tempat keempat susulan kemenangan 11- 4 ke atas Highlander.

Sementara itu, aksi konsisten sejak minggu pertama membolehka­n pemain Elite 3 Benny Teo merangkul anugerah Individual High Game.

Tempat kedua kategori tersebut milik Abdul Muhaimin Fitri yang mewakili 77 United Bowlers.

Pemain Elite, Danny Lim pula cemerlang dalam perebutan anugerah Individual High Series dengan menundukka­n rakan sepasukan Lim Cho Kwang.

Elite 3 turut meraih gelaran tambahan apabila ditabalkan selaku pemenang anugerah Team High Game untuk menewaskan Elite di tempat kedua.

Bagaimanap­un, Elite tidak pulang kosong apabila berjaya membawa pulang anugerah Team High Series dengan mencatat 1673 jatuhan pin manakala Air Strike di tempat kedua.

Pemain Highlander, Marzainah Jayamara pula menggondol anugerah Best Ladies Award. KUCHING: SkuadBSara­wak menutup kempen Piala Presiden 2018 (Kumpulan B) dengan kekecewaan selepas tewas 2-0 di tangan Kuala Lumpur pada perlawanan berlangsun­g di Stadium UPM, Serdang petang kelmarin.

Bekas pemain Piala Presiden Sarawak kelahiran Lawas, Azman Chuchu menjadi pemusnah impian anak-anak buah Sulaiman Mustanir dengan meledakkan dua gol pada minit ke-18 dan ke-51.

Pasukan pelawat (Sarawak B) sedikit tempang di sebalik perlawanan terbabit ekoran ketiadaan beberapa pemain utama yang dibelenggu kecederaan dan digantung perlawanan.

“Kita menutup tirai saingan musim ini dengan sedikit kecewa ekoran kekalahan tersebut. Dengan keduadua gol pasukan tuan rumah dijaringka­n Azman Chuchu juga pemain kelahiran Sarawak,” kata Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli.

Menurut Abang Fomay, meskipun gagal dalam usaha pemain untuk mencari sebarang mata akan tetapi pemain-pemain telah berusaha ke arah itu.

“Nasib tidak begitu memihak kepada kami (Sarawak B) untuk meraih sebarang mata walaupun mempunyai beberapa peluang,” katanya.

Sarawak menduduki tempat kesembilan dari 11 pasukan dengan mengumpul 20 mata hasil daripada lima kemenangan, lima seri dan 10 kekalahan daripada 20 perlawanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia