Utusan Borneo (Sarawak)

Maguire tidak akan tinggalkan The Foxes pada musim panas ini: Puel

-

LONDON, England: Pemain pertahanan, Harry Maguire, tidak akan meninggalk­an Leicester City pada pasaran perpindaha­n musim panas ini walaupun minat dari pasukan lawan untuk pemain antarabang­sa England itu, menurut pengurus Leicester, Claude Puel.

Maguire menyerlah pada musim pertama beliau di Leicester, bermain dalam semua 38 perlawanan liga untuk Leicester musim lepas ketika kelab menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kesembilan. Prestasi cemerlang itu membolehka­n beliau dipanggil ke dalam skuad England ke Piala Dunia 2018, di mana England melangkah sehingga ke separuh akhir.

Beliau juga menyerlah di Rusia dan bermain semua tujuh perlawanan England, selain turut menjaringk­an gol antarabang­sa sulungnya ketika England menewaskan Sweden 2-0 di suku akhir.

“Saya yakin tentang kehadiran Harry musim ini. Beliau adalah pemain yang sangat bagus untuk kami,” kata Puel ketika memberitah­u Sky Sports News. “Saya tidak terkejut dengan prestasi beliau di Piala Dunia. Kami melihat peningkata­n beliau pada separuh kedua musim dan ia tidak mengejutka­n melihat beliau beraksi cemerlang bersama England.

“Sudah tentu beliau pemain yang sangat bagus untuk kami – saya menunggu beliau dengan rasa tidak sabar kerana kami memerlukan Harry dan juga Jamie ( Vardy) kerana mereka adalah pemain Leicester.”

Puel berkata jika Leicester menjual Maguire, mencari pengganti sesuai adalah mustahil kerana pasaran perpindaha­n pemain di England ditutup pada 9 Ogos.

“Jika kami kehilangan seorang pemain dalam be- berapa hari sebelum bermulanya musim baharu, ia sukar untuk mencari pengganti dengan segera,” tambah beliau.

“Beliau boleh terus bermain untuk Leicester dan meningkatk­an lagi permainann­ya. Ia adalah apa yang sentiasa penting untuk seorang pemain muda.”

Maguire dan Vardy dijangka kembali ke kelab minggu ini selepas diberikan rehat tambahan selepas Piala Dunia untuk persediaan perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana menentang Manchester United pada 10 Ogos ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia