Utusan Borneo (Sarawak)

Persaraan masa ‘berehat’ sepenuhnya?

- Oleh Sakini Mohd Said

RAMAI mempunyai persepsi bahawa tempoh persaraan merupakan masa terbaik untuk berehat sepenuhnya selepas sekian lama bekerja keras mencari rezeki buat keluarga.

Bagi mereka, untuk apa lagi menyemakka­n fikiran dengan tuntutan tugas seharian dalam usia lewat seperti itu walhal boleh menikmati hari mendatang dengan tenang di rumah tanpa perlu rungsing memikirkan bebelan bos dan sebagainya.

Atas sebab itulah, ada yang menggelark­an tempoh persaraan sebagai masa ‘berbulan madu’ kali kedua selepas perkahwina­n kerana bebas melakukan apa sahaja yang diingini, tidak terikat pelbagai peraturan mahupun terbeban dengan tanggungja­wab sebelum ini.

Demikian pendapat kira- kira 5,000 orang yang menyertai pelbagai kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidik­an Penuaan Malaysia ( MyAgeing), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Responden, yang berusia 40-an dan 50an serta masih bekerja, telah menghadiri taklimat dan bengkel ‘Persediaan Hari Tua’ anjuran MyAgeing antara 2005 hingga sekarang.

Sambil mengakui ia situasi membimbang­kan, Fellow Penyelidik MyAgeing Dr Jariah Masud berkata persepsi sedemikian adalah penyebab utama mengapa kebanyakan masyarakat tidak bersedia menghadapi hari tua mereka.

“Matlamat negara adalah mewujudkan lebih ramai warga emas yang berdikari, aktif dan terus menyumbang kepada keluarga dan masyarakat. Mereka merupakan aset yang amat berharga tetapi ramai menyatakan ‘ala, sudah tua pun, bukannya boleh buat apa lagi, biarlah orang muda buat’.

“Keadaan ini menyedihka­n dan pelbagai kajian dilakukan mendapati lebih 2/3 responden berumur 40 tahun ke atas langsung tidak mahu bekerja, tidak mahu aktif sebarang program komuniti dan hanya mahu berehat di rumah sahaja,” katanya kepada Bernama. BEREHAT SAMPAI BILA?

Sebagai individu penting yang terlibat dalam penyelidik­an kesejahter­aan hidup warga emas, Jariah berkata persepsi negatif seperti itu wajar diperbetul­kan dengan lebih banyak lagi pendedahan mengenai keperluan warga emas untuk terus produktif biarpun sudah bersara.

Ini memandangk­an ramai beranggapa­n kesejahter­aan hari tua hanyalah tertumpu kepada kelangsung­an pendapatan dan kesihatan sedangkan ia melibatkan pelbagai aspek termasukla­h dari sudut jaringan sosial dengan masyarakat, kerohanian, psikologi ( penuaan positif), mampu berdikari dan sebagainya.

“Kebiasaan individu menyatakan mereka mahu berehat kerana tidak terfikir atau terlintas berapa lama lagi mereka akan hidup selepas bersara. Sebenarnya, idea berehat dan tidak mahu aktif selepas bersara adalah tidak sesuai kerana berapa lama seseorang itu hendak berehat? 20 tahun? 30 tahun?

“Kita harus sedar ada di antara individu dijangka hidup lebih lama dalam alam persaraan dibandingk­an dengan alam pekerjaan, mungkin lebih daripada 20 tahun selepas bersara,” jelasnya.

Menurutnya jika dibahagika­n kehidupan kepada tiga fasa utama iaitu fasa belajar bagi 0-25 tahun, fasa bekerja bagi 25-60 tahun dan fasa ketiga bagi 60 ke atas, kemungkina­n besar seseorang itu hidup lebih lama adalah dalam fasa ketiga.

“Jadi, takkan nak berehat sahaja,” katanya.

Secara umumnya, penduduk negara ini dijangka hidup lebih lama dan ramai di antara mereka dalam keadaan sihat dan masih boleh menyumbang kepada pembanguna­n negara. Peningkata­n taraf hidup, makanan lebih berkhasiat, kemudahan kesihatan baik serta kualiti penjagaan kesihatan yang lebih bagus secara tidak langsung menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang. Pada 2010, jangka hayat penduduk lelaki adalah 71.9 tahun manakala perempuan 76.6 tahun dan pada 2015, Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurk­an jangka hayat penduduk meningkat kepada 72.5 ( lelaki) dan 77.4 (perempuan).

“Kita boleh membuat anggaran dengan melihat umur ibu dan bapa. Sekiranya ibu dan bapa mempunyai umur panjang, besar kemungkina­n seseorang itu hidup lebih lama daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, perlulah membuat perancanga­n serta menjaga diri supaya dapat terus berdikari sehingga akhir hayat,” katanya. NEGARA MENUA

Perihal itu tidak boleh dipandang remeh memandangk­an Malaysia sebagai negara membangun bakal merasai penuaan penduduk dalam masa terdekat.

Jabatan Perangkaan mengunjurk­an bahawa Malaysia akan menjadi sebuah ‘negara tua’ pada 2035 apabila populasi berumur 60 tahun dan ke atas adalah melebihi 15 peratus daripada jumlah populasi negara.

Bagaimanap­un, peningkata­n jumlah warga emas yang tidak diimbangi dengan bilangan penduduk muda serta dewasa pada masa kini, kian mencetus pelbagai cabaran bagi persekitar­an ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara.

“Mereka harus bersedia menjadi warga emas berguna dan bukan mengharapk­an bantuan dan pertolonga­n orang sahaja. Jangan siasiakan atau bazirkan ilmu yang ada.

“Lagipun, pengalaman dan ilmu yang ada pada warga emas sangat penting untuk dipelajari oleh generasi muda. Ini kerana, negara masih memerlukan tenaga serta kepakaran warga emas untuk menampung kekurangan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki oleh pekerja baharu,” kata Jariah.

Mengambil contoh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirann­ya yang ke-93, beliau berkata Perdana Menteri masih cergas, memikul tanggungja­wab berat mengemudi negara selain mengagumka­n ramai orang baik rakyat Malaysia mahupun asing.

Dikenali sebagai seorang yang suka bekerja dan merupakan perdana menteri paling tua di dunia, Dr Mahathir tidak menjadikan usia emas sebagai masa untuk berehat tetapi terus menggunaka­n kepakaran yang ada untuk negara dan bangsa.

Selain Dr Mahathir, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dianggotai mereka yang sudah berusia tetapi tetap bersemanga­t menyumbang kepakaran seperti bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, 80, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 70, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican, 65, jutawan Tan Sri Robert Kuok, 94, dan ahli ekonomi ternama Dr Jomo Kwame Sundaram, 65. PERLUKAH AKTIF?

“Memang, saya suka berehat tetapi saya ingin menasihatk­an orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata semasa ditanya bagaimana beliau boleh terus sihat ketika lawatannya ke Tokyo baru- baru ini.

“Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk... jadi perlu sentiasa aktif,” kata beliau.

Bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir, Jariah berkata warga emas perlu aktif untuk melewatkan proses penuaan.

“Ini kerana, mereka yang tidak aktif dari segi fizikal dan mental akan berisiko mendapat penyakit yang kerap dikaitkan dengan umur tua seperti nyanyuk, sakit sendi, murung, kesunyian dan pelbagai lagi.

“Ini akan menambahka­n bebanan kepada perkhidmat­an kesihatan serta keluarga. Tidak semestinya kerja, jadi sukarelawa­n atau berbakti kepada program komuniti pun boleh.

“Asalkan aktif mengikut kapasiti masing-masing. Yang sakit lainlah, tetapi kalau boleh kita nak perancanga­n kesejahter­aan hari tua bermula semasa muda supaya ramai sedar bahawa hari tua bukanlah masa berehat sematamata,” kata Jariah.

Perancanga­n awal kehidupan hari tua meliputi wang simpanan, penjagaan kesihatan serta hubungan sosial yang boleh mengurangk­an kebergantu­ngan kepada kebajikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? CARTA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009 mengunjurk­an Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berumur lebih 60 tahun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. PENCEN BUKAN MASA BEREHAT: Dr...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama CARTA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009 mengunjurk­an Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berumur lebih 60 tahun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. PENCEN BUKAN MASA BEREHAT: Dr...
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UBAH PERSEPSI: Dr Jariah menunjukka­n carta bilangan warga emas di Malaysia ketika ditemu bual Bernama. Ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai persepsi bahawa tempoh persaraan merupakan masa terbaik untuk ‘berehat’ sepenuhnya selepas sekian lama...
— Gambar Bernama UBAH PERSEPSI: Dr Jariah menunjukka­n carta bilangan warga emas di Malaysia ketika ditemu bual Bernama. Ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai persepsi bahawa tempoh persaraan merupakan masa terbaik untuk ‘berehat’ sepenuhnya selepas sekian lama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia