Utusan Borneo (Sarawak)

RTM ulang siar Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018

-

TELEFILEM ‘Srengenge’ adaptasi novel karya Sasterawan Negara, Shanon Ahmad yang telah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun lalu berjaya menggodol tiga kategori dalam Anugerah Telenovela 2018 yang telah diadakan di Plenary Hall Convention Centre Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, telefilem ini telah mengunggul­i tiga kategori terbaik iaitu Telefilem Terbaik, Pengarah Telefilem Terbaik (Mahuddin Ibrahim) dan juga Penulis Skrip Telefilem Terbaik (Wan Mahani Wan Hassan).

Justeru sebagai penghargaa­n, RTM mengulang siar telefilem menampilka­n lakonan mantap pelakon hebat tanah air seperti Eman Manan, Shahrolniz­am, Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani ini pada 5 Ogos ini, jam 9.00 malam hanya menerusi saluran TV1.

Bertemakan konflik masyarakat di sebuah kampung di kaki bukit di mana Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu dijadikan tapak penanaman padi huma, telefilem ini juga menonjolka­n masyarakat di kampung di kaki bukit yang tidak bersatu hati.

Ikuti perjalanan kisah yang memaparkan tentang orang-orang kampung di Kedah yang menghadapi sebuah bukit yang dikatakan berpuaka, Bukit Srengenge sehingga menimbulka­n konflik antara manusia.

Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu dijadikan tapak penanaman padi huma.

Bukanlah mustahil sama seperti melenyapka­n kemiskinan yang menyelubun­gi penghuni kampung.

Namun hasrat Awang Cik Teh itu ditentang habis-habisan oleh orang kampung seperti Imam Hamad, Diah, Sidik, Useng, Kaseng Saad Che Lah yang menganggap Bukit Srengenge adalah punca rezeki mereka sedangkan hendak diruntuhka­n Awang Cik Teh sebagai orang luar.

Pemimpin kampung iaitu Imam Hamad adalah juara meracik tekukur.

Bagi Siddik, Awang Cik Teh lebih layak menjadi Imam walau pun dia tua dan orang tidak suka.

Akhirnya Imam Hamad setuju dengan hasrat Awang Cik Teh namun sesudah ketiadaan denak, Imam Hamad jatuh sakit.

Imam Hamad dikatakan ‘tertegur’ makhluk ghaib penunggu Bukit Srengenge. Useng yang dikatakan memiliki jin Islam dipanggil untuk mengubatin­ya lalu berdukun dan berjamu.

Akhirnya Imam Hamad meninggal yang menebalkan lagi azam Awang Cik Teh yang mempunyai sifat daya tahan yang tinggi untuk terus memugar Bukit Srengenge menjadi tempat perhumaan padi.

Dengan muafakat bijaksana Awang Cik Teh cuba untuk merealisas­ikan cita-citanya itu.

Namun adakah usahanya berhasil?

Untuk mengetahui apakah kesudahan Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018 ini, jangan lupa untuk menontonny­a sendiri pada 5 Ogos ini, jam 9.00 malam hanya di TV1.

 ??  ?? DISIAR ULANG: Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018 ‘Srengenge’ lakonan Eman Manan akan disiar ulang pada 5 Ogos ini, jam 9.00 malam menerusi saluran TV1.
DISIAR ULANG: Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018 ‘Srengenge’ lakonan Eman Manan akan disiar ulang pada 5 Ogos ini, jam 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia