Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Rusia bebas anggota Pussy Riot ditahan berhubung protes Piala Dunia

-

MOSCOW: Polis Rusia tanpa diduga membebaska­n anggota kumpulan punk Pussy Riot awal semalam tetapi mereka masih berdepan dengan tuduhan menceroboh padang sewaktu perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Moscow pada bulan lepas, kata aktivis tersebut.

Empat anggota kumpulan itu bermalam dalam tahanan polis dan sehari menunggu pendengara­n mahkamah di Moscow tetapi seorang hakim enggan mendengar kes itu kerana masalah teknikal.

Polis kemudian membawa mereka balik ke sebuah balai dan membebaska­n mereka sejurus selepas tengah malam, tulis salah seorang anggota, Pyotr Verzilov, dalam Twitter.

Aktivis Pussy Riot berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang yang membingung­kan selepas mereka menceroboh padang seketika sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia pada 15 Julai lalu di stadium Luzhniki, Moscow, dengan berpakaian seperti polis, dalam apa yang mereka kemudian sebut sebagai protes politik.

Verzilov, Veronika Nikulshina, Olga Kuracheva dan Olga Pakhtusova sudah menjalani hukuman penjara selama 15 hari kerana melanggar peraturan bagi penonton di acara sukan.

Mereka turut didenda 1,500 ruble (RM94) setiap seorang kerana memakai seragam polis.

“Bebas selepas 16 hari ditangkap!” tulis Verzilov dalam Twitter, dan memaparkan gambar keempat-em- pat mereka menari di sebuah tempat letak kereta.

Mereka lari ke dalam padang pada separuh masa kedua perlawanan antara Perancis dan Croatia, ditonton oleh Presiden Vladimir Putin dan pemimpin dunia lain termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Apabila mereka dilepaskan dari sel polis selepas menjalani hukuman mereka Isnin lepas, mereka segera ditahan semula oleh polis dan ditahan selama semalam lagi.

Pada keesokan hari mereka menunggu pendengara­n di mahkamah daerah Khamovnich­esky, Moscow, kerana kesalahan pentadbira­n iaitu mengadakan protes yang tidak dibenarkan dan mengingkar­i polis.

Lewat kelmarin hakim enggan mendengar kes itu dan “mengembali­kan semua bahan pentadbira­n” kepada polis, kata seorang pegawai mahkamah kepada agensi berita kerajaan TASS.

Aktivis itu kini mesti kembali ke balai polis pada Jumaat, dan mereka berkata mereka mungkin akan ditahan dalam penjara selama 25 hari lagi.

Pussy Riot menulis dalam Facebook bahawa melancarka­n “tindakan artistik” tidak harus jatuh di bawah undangunda­ng yang mengawal rapat umum.

Pada 2012, Pussy Riot menarik perhatian antarabang­sa kerana mengadakan protes di sebuah gereja di Moscow.

Dua anggota menjalani hukuman penjara manakala seorang lagi diberi hukuman tertangguh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia