Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Kanada lancar misi pengaman di utara Mali

-

GAO: Angkatan tentera Kanada secara rasmi melancarka­n misi pengaman mereka di utara Mali yang bergolak kelmarin, yang menandakan kepulangan Ottawa ke dalam pasukan pengaman selepas lebih sedekad.

Kontinjen 250 askar dan enam helikopter itu dijangka menjalanka­n evakuasi perubatan di utara negara bermula semalam apabila mereka mengambil alih tugas daripada tentera Jerman.

“Pasukan saya dan saya amat bangga sekali untuk memakai topi beret biru sebagai askar PBB (Per- tubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu) dari Kanada,” kata komander pasukan pengaman Kanada, Kolonel Chris McKenna di satu majlis di pangkalan PBB di Gao.

“Ia sudah beberapa tahun sejak Kanada meninggalk­an jejak kaki besar dalam PBB dan kebanggaan yang kami rasa apabila menaikkan bendera PBB di sebelah bendera merah putih ‘Maple Leaf’ yang kami sayangi tidak harus dipandang rendah,” katanya.

Tentera Kanada itu, yang menjalanka­n misi setahun, sudah dikerahkan sejak awal Julai di Camp Castor, yang turut menempatka­n anggota tentera Jerman dan Belanda.

Sementara Kanada memulakan konsep pasukan pengaman pada zaman 1950an, ia tidak mengerahka­n tentera untuk misi pengaman PBB selama lebih sedekad.

Pada awal tahun ini, PBB hanya mempunyai kira-kira 50 anggota pengaman Kanada sahaja. Misi di Mali juga menandakan kepulangan tentera Kanada ke Afrika buat pertama kali sejak genosid di Rwanda pada 1994, ketika Ottawa mengetuai misi PBB di sana.

Puak pelampau Islam yang ada kaitan dengan AlQaeda menguasai gurun di utara Mali pada awal 2012 tetapi amnya diusir keluar dalam operasi ketenteraa­n pimpinan Perancis yang dilancarka­n pada Januari 2013.

Bagaimanap­un banyak kawasan di negara itu yang masih berada di luar kawalan tentera Mali, Perancis dan PBB, yang kerap menjadi sasaran serangan.

“Ia sentiasa berisiko berada di tempat bahaya tetapi kami mengambil langkah keselamata­n untuk melindungi tentera kami, warga negara kami supaya risiko diminimumk­an,” kata duta Kanada, Louis Verret.

Misi PBB, MINUSMA, dikerahkan ke Mali pada 2013 selepas operasi antipelamp­au jihad Perancis dan terdiri daripada kira-kira 14,000 anggota polis dan kakitangan tentera.

Ia kini merupakan misi pengaman PBB yang paling berbahaya, selepas ia kehilangan kira- kira 170 anggota termasuk 104 yang maut dalam serangan musuh – lebih separuh daripada askar-askar PBB yang terkorban dalam tempoh yang sama di seluruh dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia