Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang basikal maut di Tajikistan menggambar­kan perjalanan ‘impian’

-

DUSHANBE: Penunggang basikal dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), yang maut dalam serangan yang diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam ( IS) di Tajikistan, menggambar­kan perjalanan mereka sebagai “impian yang menjadi kenyataan”.

Mangsa adalah Jay Austin dan Lauren Geoghegan dari AS, Rene Wokke dari Belanda dan Markus Hummel dari Switzerlan­d, menurut pihak berkuasa Tajik.

Setiap daripada mereka memiliki blog untuk mendokumen­kan perjalanan yang membawa mereka ke Lebuh Raya Pamir, sebatang jalan era Soviet sepanjang 2,000 kilometer dekat sempadan dengan Afghanista­n dan mempunyai pemandanga­n menakjubka­n.

Penunggang AS berkenaan menjelaska­n dalam blog mereka ‘SimplyCycl­ing’ bahawa mereka “memutuskan untuk meninggalk­an pekerjaan kami dan berbasikal mengelilin­gi dunia”.

Kedua-dua penunggang itu menjelajah Afrika dan Eropah sebelum mereka terbang ke Kazakhstan pada Mei lalu.

Paparan dalam laman berkenaan dan akaun Instagram mereka terputus ketika mereka memasuki negara bergunung-gangan Tajikistan, dahulu negeri paling miskin di antara bekas-bekas negeri Soviet.

“Tajikistan merupakan tempat yang sukar untuk berbasikal. Ia sejuk, beribut dan bergunung-ganang dan, terutama sekali, sangat, sangat tinggi,” tulis Austin seminggu lalu.

“Benar-benar gembira saya dapat melakukann­ya. Tidak perlu melakukann­ya lagi selepas ini,” katanya mengenai kejayaanny­a merentasi banjaran sebuah gunung Tajik pada ketinggian 4,655 meter dengan udara nipis dan salji dari semasa ke semasa,

Austin pernah dipaparkan dalam akhbar The Washington Post pada 2015 sebagai salah seorang daripada mereka yang mengikuti trend “rumah sangat kecil” dan menjalani kehidupan hariannya dengan menggunaka­n keperluan asas sahaja.

Pada Ahad lepas, sebuah kereta melanggar kumpulan tujuh penunggang basikal berkenaan, dua daripada mereka cedera manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Penunggang tersebut diserang oleh satu kumpulan bersenjata­kan pisau dan senjata api dan insiden amat pelik yang menurut Tajikistan dirancang oleh seorang ahli sebuah parti pembangkan­g Islam.

Ibu bapa Geoghegan, 29, mengeluark­an satu kenyataan kelmarin untuk menyatakan perjalanan yang dinikmati anak perempuan mereka dan temannya Austin adalah tipikal bagi Geoghegan yang “menggunaka­n peluang dalam hidup dengan bersemanga­t, terbuka kepada tempat dan orang baharu, dan sentiasa berusaha untuk lebih memahami dunia”.

Mereka memulakan kembara mereka pada Julai 2017.

Mangsa dari Belanda, Wokke, seorang pakar psikologi berusia 56 tahun, berbasikal bersama temannya Kim Postma, seorang pentadbir hospital berusia 58 tahun yang cedera dalam insiden itu.

Laman sesawang akhbar Belanda, NRC, berkata pasangan itu dalam perjalanan dari Bangkok ke Tehran dan memilih untuk bergerak menerusi Tajikistan bagi mengelak bahaya di Afghanista­n.

Wokke merupakan seorang pengembara yang sangat berpengala­man dan pernah melawat lebih 130 negara, menurut adiknya, Erik.

Pasangan berkenaan, dari Amsterdam, meninggalk­an Thailand pada Februari lalu dan merancang untuk tiba di Tehran pada September sebelum mereka terbang balik ke Belanda.

Wokke dan Postma menggambar­kan Lebuh Raya Pamir dalam blog mereka sebagai “cabaran mutlak dalam perjalanan ini”.

Hummel, penunggang basikal Switzerlan­d, turut menyimpan rekod dalam talian mengenai perjalanan­nya bersama seorang lagi warga Switzerlan­d, Marie- Claire Diemand, yang cedera dalam serangan itu.

Dalam satu tulisan blog bertajuk ‘Impian yang menjadi kenyataan’, mereka menjelaska­n mereka sedang bergerak di sepanjang Jalan Sutera dari Xi’an di China ke Kyrgyzstan.

“Memandangk­an kami sudah berada di atas jalan, kami sudah tentulah tidak mahu melepaskan Lebuh Raya Pamir di Tajikistan,” kata pasangan itu. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia