Utusan Borneo (Sarawak)

Video tunjuk tebusan Jepun, Itali di Syria

Kedua-dua lelaki merayu untuk dibebaskan, kumpulan penculik tidak dikenal pasti

-

WASHINGTON: Sebuah kumpulan pelampau jihad mengeluark­an video yang menunjukka­n seorang wartawan Jepun dan seorang lelaki Itali yang ditahan di Syria di mana mereka merayu untuk dibebaskan, kata pemantau di Amerika Syarikat kelmarin.

Kedua- dua lelaki itu – wartawan bebas dari Jepun Jumpei Yasuda dan warga Itali Alessandro Sandrini – muncul dalam dua video berasingan yang tetap sama dalam pementasan­nya dan dikeluarka­n oleh kumpulan SITE, yang menjejaki organisasi ketuanan kulit putih dan organisasi pelampau jihad.

SITE tidak menyebut nama kumpulan yang ber- tanggungja­wab bagi video itu.

Kedua-dua lelaki kelihatan berlutut di hadapan sebuah telaga dengan memakai pakaian monyet berwarna oren manakala lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam dari hujung kepala hingga ke hujung kaki berdiri di belakang mereka.

Yasuda dipercayai dicu- lik oleh Barisan Al-Nusra, sekutu lama Al-Qaeda, di utara Syria pada 2015.

Dia memperkena­lkan diri sebagai warga Korea dalam video berkenaan tetapi bercakap dalam bahasa Jepun, memberikan tarikh rakaman sebagai 25 Julai, menyatakan dia berada dalam situasi yang buruk dan meminta bantuan. Sandrini memberi tarikh lain, 19 Julai, dan berkata ia adalah permintaan terakhirny­a kepada kerajaan Itali.

Tebusan dari Itali itu diculik di Turki pada Oktober 2016 sebelum dia dibawa ke Syria, menurut laporan dalam media Itali.

Dia dipercayai berasal dari Brescia dan dikatakan berusia sekitar 32 tahun. —

 ?? — Gambar AFP ?? TEBUSAN: Gambar video serahan SITE Intelligen­ce Group kelmarin menunjukka­n Yasuda (kiri) dan Sandrini merayu untuk dibebaskan ketika lelaki bersenjata berdiri di belakang mereka di lokasi yang tidak diketahui di Syria.
— Gambar AFP TEBUSAN: Gambar video serahan SITE Intelligen­ce Group kelmarin menunjukka­n Yasuda (kiri) dan Sandrini merayu untuk dibebaskan ketika lelaki bersenjata berdiri di belakang mereka di lokasi yang tidak diketahui di Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia