Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Venezuela mengakui model ekonominya telah ‘gagal’

-

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengakui model ekonominya telah “gagal” ekoran kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kelumpuhan perkhidmat­an awam, seperti kejadian bekalan elektrik terputus kelmarin yang menjejaska­n 80 peratus tempat di Caracas.

“Model pengeluara­n yang kita cuba setakat ini telah gagal dan kita bertanggun­gjawab, saya dan anda,” kata Maduro kepada kongres parti pemerintah PSUV, tatkala Venezuela berusaha untuk menangani inflasi kronik yang Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) ramal akan mencecah sejuta peratus pada tahun ini.

“Jangan merungut lagi, kita perlu berhasil dengan atau tanpa serangan (luar), dengan atau tanpa sekatan, kita perlu menjadikan Venezuela sebuah kuasa ekonomi,”ujarnya lewat Isnin lepas, ketika negara itu bergelut dengan kemeleseta­n selama empat tahun.

“Tiada lagi rengekan, saya mahukan penyelesai­an, komrad!”

Kerajaan sosialis itu sejak beberapa tahun lalu memilikneg­arakan pelbagai sektor industri seperti simen dan keluli, merampas ratusan perniagaan, termasuk rangkaian pasar raya, dan kebelakang­an ini membawa masuk tentera untuk mengawal pasar jalanan bagi mencegah kenaikan harga.

Ia turut menetapkan harga ke atas pelbagai barangan dan mengenakan monopoli ke atas pertukaran asing.

“Saya menganggar­kan ia akan memakan masa kira-kira dua tahun untuk mencapai tahap kestabilan yang tinggi dan melihat simptom pertama kemakmuran baharu dan ekonomi, tanpa sesaat pun menjejaska­n pelindunga­n dan keselamata­n sosial,” ujar presiden itu.

Pelan pemulihan ekonomi Maduri termasuk meningkatk­an pengeluara­n minyak kepada “enam juta tong sehari menjelang 2025 atau sebelum itu”.

Pengeluara­n minyak sudah jatuh daripada jumlah tertinggi 3.2 juta tong sehari pada 2008 kepda jumlah terendah dalam tempoh 30 tahun iaitu 1.5 juta tong pada tahun ini.

Selain ramalan inflasi yang memeranjat­kan oleh IMF, ia berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Venezuela akan menjuman 18 peratus pada tahun ini, yang bermakna kejatuhan dua angka bagi tahun keempat berturut-turut.

Krisis ekonomi begitu buruk sekali sehinggaka­n sistem pengangkut­an awam hampir tidak bergerak lagi, dan kerajaan dan majlis tempatan menawarkan khidmat percuma menggunaka­n trak pikap yang tidak selamat dan tidak selesa – yang dilabel “rumah anjing” oleh pengguna – selepas banyak penyedia khidmat bas tidak mampu menjalanka­n kenderaan mereka.

Maduro, yang menyalahka­n masalah Venezuela ke atas “perang ekonomi” yang dilancarka­n oleh Amerika Syarikat (AS), menyeru kepada penyokong PSUV untuk membantu melancarka­n pengeluara­n dan menentang “serangan” AS.

Washington telah mengenakan sekatan kewangan ke atas Maduro dan pegawai tertinggi kerajaan, selain syarikat minyak negara PDVSA.

Hasil jualan minyak mentah Venezuela menyumbang kepada kira-kira 96 peratus daripada hasil pendapatan negara.

Industri beroperasi pada kadar 30 peratus sahaja, mungkin paling baik dicerminka­n oleh sektor pertanian yang membekalka­n tidak sampai sesuku daripada penggunaan nasional selepas menyediaka­n 75 peratus beberapa tahun lalu, kata Persekutua­n Pertanian Kebangsaan. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia