Utusan Borneo (Sarawak)

Pemerintah­an satu parti ‘rintangan amat buruk’ untuk Kemboja: Ketua pembangkan­g

-

BONNIEUX: Pengasas bersama parti pembangkan­g yang telah dibubarkan di Kemboja mengecam kemenangan besar parti pemerintah pimpinan Hun Sen dalam pilihan raya yang tidak dipertandi­ngkan sebagai satu “rintangan yang amat buruk sekali”, dan menggesa agar kempen tiada kerjasama dengan kerajaan baharu dilancarka­n.

Kiraan sementara daripada pilihan raya Ahad lepas memberikan kemenangan kepada semua 125 kerusi parlimen kepada Parti Rakyat Kemboja pimpinan Hun Sen, yang sudah memerintah negara itu selama lebih tiga dekad – sekali gus mengukuhka­n status negara itu sebagai sebuah negara satu parti.

Pilihan raya itu diadakan tanpa satu-satunya pembangkan­g yang dapat dipercayai, Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP), yang di- larang daripada bertanding selepas ia dibubarkan oleh Mahkamah Agung pada hujung tahun lepas.

“Ia adalah kemenangan palsu, pilihan raya palsu, degan kesimpulan yang sudah dijangkaka­n,” kata pengasas bersama CNRP Sam Rainsy, yang hidup dalam buangan sendiri di Paris untuk mengelak beberapa pensabitan yang beliau dakwa bermotifka­n politik.

“Ia adalah kepulangan kepada sistem lama, sistem satu parti, seperti pada zaman Perang Dingin, pada zaman Komunis. Ia adalah rintangan yang amat buruk sekali bagi Kemboja,” katanya kepada AFP dalam satu temu ramah yang diberikan di wilayah Provence, selatan Perancis.

Hun Sen memuji pilihan raya Ahad lepas sebagai “bebas, adil dan saksama”, dan partinya berkata jumlah pengundi yang dianggarka­n kira-kira 82 peratus mem- persendaka­n seruan boikot oleh CNRP. Semalam, dalam penampilan­nya yang pertama di khalayak ramai sejak diendos oleh pengundi, pemerintah Kemboja sejak 1985 itu berkata beliau mengintai “kejayaan besar” pada tahun ini dalam usaha “membina ekonomi dan demokrasi”.

Namun pengkritik berkata pilihan raya itu diadakan berlatarbe­lakangkan ugutan peringkat tempatan manakala suara sumbang dalam media dan masyarakat madani telah disenyapka­n sebelum pilihan raya diadakan.

Dalam pilihan raya terakhir pada 2013, CNRP memperoleh­i kira- kira 44 peratus daripada undi popular – yang mengancam penguasaan Hun Sen.

Sejak itu kepimpinan CNRP telah dipenjara, ditekan untuk meninggalk­an negara atau disenyapka­n oleh kes mahkamah dan ugutan.

Rainsy menggesa penyokong partinya untuk

 ?? — Gambar Reuters ?? POPULAR: Penyokong bergambar dengan Hun Sen (tengah) ketika beliau menghadiri majlis perasmian terminal bot baharu di Phnom Penh, Kemboja semalam.
— Gambar Reuters POPULAR: Penyokong bergambar dengan Hun Sen (tengah) ketika beliau menghadiri majlis perasmian terminal bot baharu di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia