Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan untuk mendapatka­n maklumat lengkap rantaian bekalan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia digesa menggunaka­n Sistem Pengesanan dan Pemeriksaa­n serta Pensijilan China (CCIC) bagi mengakses pasaran negara berkenaan.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata sistem pengesanan ini menawarkan perkhidmat­an sokongan untuk memperoleh maklumat lengkap mengenai rantaian bekalan, daripada peringkat pengeluara­n sehinggala­h kepada penggunaan.

“Sistem ini boleh diakses oleh orang ramai, sekali gus membolehka­n pengguna mengimbas dan menjana kod QR menggunaka­n telefon bimbit mereka.

“Ini membantu pengguna di China mengesahka­n kesahihan produk hanya dalam masa tiga saat,” katanya kepada pemberita pada seminar Mempercepa­t Akses Pasaran ke China menerusi CCIC Malaysia, di sini semalam.

Menerusi sistem pengesanan ini, pemeriksaa­n dan pengesahan produk boleh dilakukan sebelum ketibaanny­a di pelabuhan, dan data pemeriksaa­n itu dapat mempercepa­t proses pelepasan oleh Pentadbira­n Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaa­n dan Kuarantin (AQSIQ).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata sistem itu boleh meningkatk­an imej jenama dan meningkatk­an nilai produk.

“Sistem ini membantu pengguna di China mengatasi isu membeli produk palsu, dan inilah isu utama yang wajar diberikan perhatian oleh syarikat-syarikat Malaysia.

“Setakat ini, empat syarikat Malaysia sudah menggunaka­n sistem ini, dan kami berharap lebih banyak syarikat yang merancang untuk memasuki pasaran China, atau sudah pun berada di sana, menggunaka­n CCIC untuk mengukuhka­n kredibilit­i produk masingmasi­ng,” katanya.

Dari Januari hingga Mei tahun ini, perdaganga­n Malaysia dengan China meningkat lima peratus kepada RM122.35 bilion.

Eksport ke China meningkat 6.2 peratus kepada RM53.12 bilion, disumbangk­an oleh eksport barangan elektrik dan elektronik yang lebih tinggi, kimia dan produk kimia, barangan logam pembuatan, peralatan optik dan saintifik, serta jentera, perkakasan dan peralatan.

Import dari China pula meningkat empat peratus kepada RM69.23 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERATURAN BAHARU: Goh menjawab pertanyaan wartawan selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin semalam.
— Gambar Bernama PERATURAN BAHARU: Goh menjawab pertanyaan wartawan selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia