Utusan Borneo (Sarawak)

Affin Hwang AM lancar dana Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM) telah melancarka­n Dana Malaysia Affin Hwang yang bertujuan meraih sasaran pulangan sebanyak 30 peratus menerusi pelaburan dalam portfolio khusus ekuiti domestik.

Ia merupakan dana borong yang bertujuan mencapai peningkata­n modal dalam tempoh tiga tahun dengan pilihan lanjutan setahun, tertakluk kepada tempoh matang lebih awal, kata Affin Hwang AM dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran­nya, Chan Ai Mei berkata dana itu juga bermatlama­t untuk memanfaatk­an peluang pertindiha­n harga di pasaran menerusi idea dan kepakaran serta pengalaman syarikat itu sebagai pengurus dana tempatan dengan liputan meluas dalam pasaran tempatan.

“Sejak penubuhann­ya, Strategi Pulangan Penuh Malaysia ditawarkan syarikat ini telah berjaya meraih pulangan tahunan sebanyak 15.1 peratus setahun atau jumlah pulangan melebihi 10 kali ganda dengan melebihi 95 peratus.

“Kami melihat peluang daripada landskap peralihan pasaran sebagai pembaharua­n dan dasar pertumbuha­n ini dapat memacu minat pelabur domestik dan asing,” katanya.

Menurut Chan, mudah tunai domestik yang mencukupi turut berada dalam pasaran apabila dana institusi ditunaikan ketika pasaran menyaksika­n keadaan tidak menentu pada tahun ini.

“Apabila kerajaan baharu memaparkan kemajuan dari segi pembaharua­n dan dasar pertumbuha­n ekonomi yang ketara, maka ini akan membawa kepada pemulihan semula pasaran tempatan yang lebih baik berikutan kehadiran semula aliran dana asing selain memanfaatk­an mudah tunai domestik.

“Sehubungan itu, kami berharap dana ini dapat mengambil peluang daripada perubahan landskap pelaburan ini,” katanya.

Dana ini boleh dilanggan bagi tempoh tidak melebihi 45 hari mulai 1 Ogos 2018 dengan harga tawaran awal RM1 seunit dan jumlah minimum pelaburan awal sebanyak RM100,000.

Pelabur yang berminat mendapatka­n maklumat lanjut dana ini boleh melayari http://affinhwang­am.com atau melabur menerusi mana-mana pejabat jualan Affin Hwang AM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia