Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah pemandu baharu Grab kini berkuranga­n

-

KUALA LUMPUR: Bilangan pemandu separuh masa baharu yang berdaftar dengan Grab Malaysia kini berkuranga­n berikutan peraturan yang ditetapkan Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) ke atas syarikat-syarikat berasaskan pengangkut­an e-hailing.

Walaupun berdepan masalah itu, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh bagaimanap­un yakin keadaan akan kembali pulih.

“Ini merupakan sesuatu yang biasa apabila berlakunya tempoh peralihan.

“Kami masih dalam peringkat mengenal pasti penyelesai­an terbabit untuk semua (pihak) kerana sedia maklum bahawa majoriti pemandu kami adalah separuh masa. Malah, pendapatan Grab mereka menyumbang 30 peratus kepada pendapatan isi rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Goh berkata Grab juga telah berbincang dengan MOT dan usaha itu akan diteruskan pada masa depan.

Laporan sebelum ini menyatakan perkhidmat­an e-hailing berkenaan akan tertakluk kepada peraturan sama yang ditetapkan ke atas teksi, terutamany­a bagi lesen dan pemeriksaa­n kenderaan dan keperluan operasi.

Syarikat e-hailing itu juga diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat atau Suruhanjay­a Koperasi mana- kala kenderaan yang dimiliki perlu menjalani pemeriksaa­n setiap tahun jika berusia lebih tiga tahun.

Pada masa ini, lebih 50 peratus daripada kenderaan Grab berusia melebihi tiga tahun.

Selain itu, Goh berkata Grab juga kini berbincang dengan pelbagai syarikat insurans membabitka­n syarat baharu itu dan setakat ini tidak pernah menutup pintu kepada manamana pihak yang berminat.

MOT juga sebelum ini mengumumka­n bahawa perkhidmat­an e-hailing perlu menyediaka­n pelan perlindung­an insurans untuk pemandu, kenderaan, penumpang serta ganti rugi kepada pihak ketiga.

Grab turut diberi tempoh selama setahun untuk mematuhi peraturan baharu itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia