Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran kewangan alami aliran keluar bukan pemastauti­n pada Jun

-

KUALA LUMPUR: Pasaran kewangan domestik pada Jun terus mengalami aliran keluar bukan pemastauti­n ketika kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n yang timbul semula dan jangkaan bahawa dasar monetari Amerika Syarikat (AS) akan kembali kepada keadaan wajar pada kadar yang lebih cepat, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan kelmarin, bank pusat berkata FBM KLCI merosot 2.8 peratus dan ringgit menyusut nilai 0.5 peratus berbanding dolar AS.

“Bagaimanap­un, pasaran bon domestik masih disokong oleh permintaan kukuh dari- pada pelabur institusi domestik. Pada Jun, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) menurun antara 0.4 dan 8.8 mata asas,” menurut BNM.

BNM berkata kualiti aset sistem perbankan terus kukuh pada Jun dengan paras nisbah pinjaman terjejas bersih dan nisbah jumlah peruntukan kepada jumlah pinjaman tidak berubah, masing-masing pada 1.0 peratus dan 1.5 peratus.

“Berikutan keadaan kredit yang stabil dan prospeknya lebih menggalakk­an, impak Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9: Instrumen Kewangan seterusnya terhadap bank dijangka terurus,” menurut BNM.

Selain itu, bank pusat berkata inflasi keseluruha­n susut kepada 0.8 peratus pada bulan lepas (Mei: 1.8 peratus), disebabkan terutamany­a penurunan harga barangan dan perkhidmat­an susulan langkah menjadikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada sifar.

“Penurunan inflasi adalah menyeluruh apabila 11 daripada 12 kategori barangan mencatat inflasi yang lebih rendah manakala inflasi teras, yang tidak memasukkan kesan GST berkadar sifar, kekal stabil pada pada 1.5 peratus pada Jun (Mei: 1.5 peratus),” menurut BNM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia