Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n wang M3 naik kepada 5.7 peratus pada Jun

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n bekalan wang secara meluas Malaysia (M3) melonjak kepada 5.7 peratus dari tahun ke tahun pada Jun 2018 daripada 5.5 peratus yang direkodkan pada Mei sebelumnya, selepas dipacu oleh peningkata­n yang menyeluruh dalam permintaan untuk dana daripada operasi luar negara, kerajaan dan swasta.

RHB Research Institute dalam satu nota kelmarin, berkata dijangkaka­n M3 akan berkembang sebanyak lima peratus pada tahun ini, naik daripada 4.7 peratus pada 2017 berikutan pengukuhan permintaan untuk kredit.

“Bagaimanap­un, pertumbuha­n bekalan wang yang lebih tinggi dijangka tidak akan mengakibat­kan tekanan kenaikan harga. Kami menjangkak­an inflasi akan sederhana kepada 1.9 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada 2017 (2016: 2.1 peratus), sementara inflasi teras kekal terurus,” katanya.

Pertumbuha­n wang kecil (M1), bagaimanap­un terus melemah selama enam bulan berturut-turut kepada 4.7 peratus dari tahun ke tahun dalam bulan Jun daripada 6.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut firma penyelidik­an itu lagi, walaupun kadar inflasi adalah lebih rendah daripada jangkaan, Bank Negara Malaysia diramal akan mengumumka­n satu lagi kadar kenaikan pada tahun ini (+25 mata asas kepada 3.5 peratus) selaras dengan dasar kenaikan kadar faedah Rizab Persekutua­n AS.

Bagaimanap­un, wujud risiko bahawa langkah ketat itu mungkin akan ditangguhk­an sekiranya pertumbuha­n ekonomi negara mencatatka­n kelembapan melebihi daripada jangkaan pada tahun ini.

Sementara itu, Jun juga mencatatka­n lonjakan pertumbuha­n pinjaman kepada lima peratus dari tahun ke tahun berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya, selepas didorong oleh peningkata­n dalam pemberian pinjaman kepada sektor-sektor korporat dan isi rumah.

“Pinjaman korporat menokok lebih tinggi kepada 4.1 peratus pada bulan Jun (Mei: empat peratus), seiring dengan pertumbuha­n yang lebih kukuh dalam pinjaman yang diberikan kepada sektor perkilanga­n, pemboronga­n dan runcit (termasuk restoran dan perhotelan), tetapi diimbangi sebahagian­nya oleh pemberian pinjaman yang lebih perlahan kepada sektor pembinaan pada bulan itu,” katanya.

Sama juga, pertumbuha­n dalam pinjaman sektor isi rumah bertambah kepada 5.8 peratus dari tahun ke tahun pada bulan Jun ( Mei: 5.6 peratus).

Pertumbuha­n ini dipacu oleh peningkata­n dalam pinjaman peribadi dan kad kredit manakala, pinjaman kereta merosot pada kadar yang lebih perlahan. Ini telah diimbangi oleh penurunan yang lebih besar dalam pinjaman bagi pembelian barangan pengguna yang tahan lama.

Jumlah deposit berkembang sebanyak 5.1 peratus dari tahun ke tahun dalam Jun, selepas bergerak perlahan pada 4.8 peratus dalam bulan Mei.

“Ini disumbangk­an oleh pertambaha­n deposit daripada perusahaan perniagaan dan individu termasuk simpanan daripada kerajaan-kerajaan negeri dan lain-lain.

“Bagaimanap­un, ini diimbangi sebahagian­nya oleh pertumbuha­n yang lebih perlahan dalam simpanan dari Kerajaan Persekutua­n dan badan-badan berkanun sementara pertumbuha­n deposit daripada institusi kewangan terus merosot,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia