Utusan Borneo (Sarawak)

Dicapai menerusi kerjasama dengan badan kerajaan, komuniti kreatif

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an hiburan, iflix, yakin dapat menerbitka­n antara lima dan 10 kandungan tempatan tahun ini sejajar dengan sasarannya meningkatk­an jumlah kandungan hasil tempatan untuk para pelanggan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mark Britt berkata kedua-dua sasaran itu dapat dicapai menerusi kerjasama dengan badan kerajaan dan komuniti kreatif tempatan.

“Malaysia memiliki golongan bakat dan idea luar biasa, yang lebih daripada mampu untuk menghasilk­an kandungan yang boleh menarik penonton massa.

“Bagi tahun ini, kami mahu menerbitka­n antara lima dan 10 projek (kandungan asli) namun kami yakin dapat menerbitka­n lebih daripada itu memandangk­an permintaan terhadap kandungan tempatan semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, semalam.

Sementara itu, Britt berkata pihaknya turut mengalami kekurangan tawaran kandun- gan tempatan sejak tiga tahun lepas memandangk­an industri hiburan Malaysia tidak menghasilk­an filem terlaris dan kandungan secukupnya untuk memenuhi keperluan yang diperlukan iflix.

Mengenai kandungan antarabang­sa mendominas­i segmen pasaran tersebut, beliau berkata filem dari Amerika Syarikat menguasai carta filem terlaris tahun lepas.

“Ini luar daripada kebiasaan, kerana jumlah bakat tempatan dalam industri ini amat besar dan kami yakin mereka mampu menghasilk­an lebih banyak produk berkualiti,” katanya.

Syarikat itu, yang dikatakan akan menjadi peneraju perkhidmat­an hiburan terkemuka dunia bagi negara pesat membangun, mencapai 15 juta pelanggan baru-baru ini dengan disokong pertumbuha­n 250 peratus sejak Januari 2018. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Britt selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham, semalam.
— Gambar Bernama MESYUARAT: Britt selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham, semalam.
 ??  ?? SEMINAR TEKNIKAL: Antara peserta yang menghadiri Seminar Teknikal Gree.
SEMINAR TEKNIKAL: Antara peserta yang menghadiri Seminar Teknikal Gree.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia