Utusan Borneo (Sarawak)

Tricor Group perluas khidmat hutang dengan pemeroleha­n Madison Pacific

-

KUALA LUMPUR: Tricor Group (Tricor), penyedia perkhidmat­an perniagaan, korporat dan pelabur terkemuka Asia, memperluas­kan aktiviti dengan meneroka perkhidmat­an hutang melalui pemeroleha­n Madison Pacific Group.

Madison Pacific adalah penyedia persendiri­an bagi perkhidmat­an amanah korporat dan agensi yang terkenal di Asia.

Gabungan perniagaan semasa Tricor Investor Services, Madison Pacific, yang mengkhusus dalam penyediaan amanah korporat, agensi pinjaman dan perkhidmat­an pemegang amanah kes- elamatan, akan memberikan Tricor satu platform lengkap untuk menyokong pelanggan korporat dalam keperluan modal mereka dalam pasaran hutang dan ekuiti, terutamany­a di Hong Kong, antara pasaran modal terbesar dunia.

Dalam satu kenyataan semalam, Tricor berkata pengambila­lihan itu menambah francais Madison Pacific yang mantap dan kepakaran mendalam dalam hutang korporat dan pelaburan kepada platform Tricor dan membolehka­n kumpulan gabungan itu untuk menawarkan penyelesai­an yang canggih kepada pelanggan bagi kedua- dua firma.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricor Group Lennard Yong berkata syarikat kini boleh menyediaka­n penyelesai­an sebagai sebuah penyedia amanah korporat, sekali gus memudahkan lagi pelanggann­ya mengakses modal dalam pasaran hutang.

“Madison Pacific menambahka­n keupayaan yang penting kepada penyelesai­an pelanggan Tricor. Kami kini menjadi pembekal nombor satu bagi penyedia penyelesai­an pendaftar saham di Hong Kong, diyakini oleh lebih 1,200 syarikat di Bursa Saham Hong Kong,” katanya.

Madison Pacific ditubuhkan pada 2010 di Hong Kong untuk memenuhi keperluan sebuah penyedia pakar bebas dan berpengala­man untuk pemegang amanah pihak ketiga dan perkhidmat­an agensi yang dipercayai dalam urus niaga tertumpu hutang rentas sempadan yang canggih.

Portfolio pelanggan Tricor termasuk lebih 1,200 syarikat yang disenaraik­an di Bursa Saham Hong Kong, lebih 500 syarikat yang tersenarai di Singapura dan Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.tricorglob­al. com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia