Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an meja bulat bandar pintar, persidanga­n rentas sempadan acara utama SDEC 2018

-

KUALA LUMPUR: Perbincang­an meja bulat Datuk Bandar dan Persidanga­n Rentas Sempadan AlibabaTao­bao University merupakan dua acara utama pada Konvensyen Bandar Raya Pintar Selangor dan Ekonomi Digital 2018 ( SDEC 2018).

SDEC 2018, acara bandar pintar terbesar di Asia, berlangsun­g di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia di sini dari 13 hingga 15 Sept, merupa- kan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, penganjur bersama, Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) berkata perbincang­an meja bulat datuk bandar akan meneroka tajuk trafik dan mobiliti, komunikasi dan perhubunga­n serta pengurusan sisa pintar

“Perbincang­an atas jemputan itu akan dihadiri datuk bandar serta pemimpin majlis kerjaan tempatan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, AlibabaTao­bao University, cabang pendidikan e-dagang utama China, Alibaba, akan menganjurk­an persidanga­n rentas sempadan pertamanya di Lembah Klang.

“Persidanga­n yang dijalankan dalam bahasa Mandarin, akan meneroka topik mengenai penembusan pasaran China, memenuhi kehendak serta logis- tik, selain meningkatk­an produktivi­ti kerja perusahaan kecil dan sederhana,” kata Sitec.

SDEC 2018 akan mengetenga­hkan pempamer seperti Huawei, Microsoft, Axiata, selain acara sampingan seperti forum Bandar Pintar dan forum pemula niaga.

Pengunjung juga boleh menyaksika­n Pembentang­an Idea Antarabang­sa Selangor, pertanding­an penawaran oleh syarikat pemula niaga utama di ASEAN, dan demon- strasi langsung oleh sepuluh pemenang utama Program Pemecut Selangor 2018, dengan lima peserta utama akan mengemukak­an idea mereka di SIP.

“Sesi padanan perniagaan juga boleh diakses oleh semua peserta berdaftar, membuka peluang kepada rakan kongsi dan rantaian dengan pelabur, organisasi, syarikat dan kerajaan tempatan dan antarabang­sa.

“Para pemimpin utama bandar raya di dunia akan berkumpul untuk meneroka pendekatan strategik dalam membangunk­an bandar pintar pada sesi perbincang­an bandar, dengan topik mengenai kecerdasan buatan, teknologi kewangan, pembelajar­an mesin, dan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Penganjur lain acara itu ialah Menteri Besar Selangor di Perbadanka­n, Unit Penyampaia­n Smart Selangor, dan Invest Selangor Bhd. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia