Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan IBFC sasar aliran positif kekal dalam insurans kaptif

-

KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan ( Labuan IBFC) berharap dapat mengekalka­n aliran positif dalam pengambila­n insurans kaptif di pusat perniagaan pertengaha­n pesisir itu pada tahun ini, selepas mencatatka­n pertumbuha­n tertinggi di rantau ini pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) Danial Mah Abdullah berkata sebanyak enam kaptif telah diluluskan pada tahun lepas, tertinggi di rantau ini dengan jumlah premium kasar ditaja jamin sebanyak AS$360.9 juta (AS$1=RM4.06).

“Bagi separuh pertama tahun ini, pusat perniagaan pertengaha­n pesisir itu telah meluluskan empat lagi kaptif berbanding enam pada tahun kewangan yang lepas, menjadikan jumlahnya setakat ini kepada 47 entiti kaptif.

“Kami menjangka lebih banyak lagi berikutan kami melihat sasaran semakin meningkat. Pesaing terdekat kami ialah Singapura dengan 70 kaptif secara keseluruha­n tetapi tahun lepas, tiada kaptif baharu dicatatkan di republik itu,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Kaptif Asia 2018, di sini semalam.

Pasaran bagi insurans kaptif adalah besar dengan lebih 6,500 insurans kaptif di peringkat global bernilai kira-kira AS$150 bilion, iaitu hanya kira-kira dua peratus dimiliki oleh syarikat induk Asia, katanya, sambil menambah masih terdapat banyak potensi dalam bidang ini.

Danial berkata insurans kaptif menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah premium kasar dalam industri insurans di Labuan IBFC yang berjumlah AS$1.4 bilion.

Premium insurans Labuan menyumbang sebanyak 25 peratus daripada jumlah premium insurans Malaysia sebanyak AS$ 4.2 bilion, merupakan pertumbuha­n premium yang besar, katanya.

Daripada jumlah premium di Labuan, lebih 60 peratus disumbangk­an oleh bukan rakyat Malaysia, katanya.

Walaupun trend global rendah dalam industri insurans, terutamany­a kaptif, Danial berkata beliau masih melihat pertumbuha­n di rantau ini dan pihaknya menyasarka­n sektor itu akan mengekalka­n pertumbuha­n dan mengulangi pencapaian­nya melebihi paras US$1 bilion pada tahun ini.

“Kami berharap dapat menyaksika­n lebih banyak premium pada tahun ini terutamany­a dari Jepun, Singapura, Indonesia, Australia, Timur Tengah, dan berharap lebih banyak dari rantau ini berikutan ia merupakan tumpuan utama kami,” katanya.

Bagi kaptif, Danial berkata beliau menjangka untuk melihat lebih banyak permintaan daripada pasaran matang seperti Jepun dan pihaknya turut meningkatk­an usaha untuk melibatkan lebih ramai rakan di China untuk meninjau pasaran.

Penanggung insurans kaptif merupakan syarikat insurans milik penuh yang menginsura­nskan aset, liabiliti dan risiko lain syarikat induknya.

Ia biasanya terletak dalam bidang kuasa di mana cukai, kesolvenan dan keperluan pelaporan kurang membebanka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia