Utusan Borneo (Sarawak)

Pemindahan hati akan dilakukan di Hospital Renji, Shanghai, China

-

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidap penyakit hati kronik, memerlukan bantuan bagi menampung kos pembedahan dianggarka­n mencecah RM200,000.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Noor Hazzarita Rahim, 30, dan Mohd Nor Faiz Sakariah, 30, berkata keadaan kesihatan Nur Ayra Humaira Mohd Nor Faiz, kini semakin menurun dan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China secepat mungkin.

Menurut Noor Hazzarita, anak bongsu daripada dua beradik itu dilahirkan normal seperti bayi yang lain, namun ketika berusia satu tahun tiga bulan dia disahkan mempunyai masalah hati selepas terkena jangkitan kencing tikus.

“Hati ibu bapa mana yang tidak risau melihat keadaan anak yang dahulunya ceria kini sudah hilang selera makan. Sekiranya kos pembedahan sudah mencukupi nanti, saya ataupun suami sanggup menjadi penderma hati kepada Ayra,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu mertuanya di Kampung Chikus, Sungai Manik dekat sini.

Akibat penyakit itu, jelasnya, keadaan Nur Ayra Humaira semakin merosot kerana hilang selera makan dan hanya mahu minum susu kotak perisa coklat sahaja dan ia amat merisaukan mereka suami isteri.

Berikutan itu, Noor Hazzarita berkata keluargany­a telah merujuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan anak mereka itu dinasihatk­an supaya menjalani pembedahan pemindahan hati di China secepat mungkin kerana negara kita tidak mempunyai kepakaran untuk menjalanka­n pembeda- han tersebut.

“Namun, kami menghadapi kekangan kewangan dan tidak mampu menanggung kos terbabit. Walaupun saya dan suami bekerja, kedudukan kewangan kami masih tidak mencukupi.

“Saya berharap bantuan kewangan orang ramai untuk pembedahan hati anak saya dapat dikumpulka­n secukupnya dalam kadar segera dan membolehka­n kami ke China untuk membawa Ayra menjalani pembedahan secepat mungkin,” katanya yang wang dikumpul masih jauh belum mencukupi untuk rawatan itu.

Bagi Mohd Nor Faiz, beliau tidak menyangka sama sekali anak bongsunya itu disahkan menghidapi masalah hati kronik selepas dia menyedari mata anaknya berwarna kekuningan selepas pulang dari kerja kirakira sembilan bulan lalu.

“Ketika itu, anak saya berumur setahun tiga bulan dan bila balik kerja malam saya tengok matanya berwarna kuning dan tidak mengesyaki apa-apa, tetapi keesokanny­a mata dia masih lagi berwarna kuning dan kami membawa dia ke klinik swasta di Bandar Botani, Ipoh sebelum dipindahka­n ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

Tambahnya, dia dan isteri kemudian meminta anak mereka untuk dipindahka­n ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM) untuk menerima rawatan lanjut dua kali sebulan selepas didiagnosi­s menghidapi masalah hati kronik.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurka­nnya melalui Akaun Semasa Maybank atas nama Mohd Nor Faiz Sakaria bernombor 50806561-5753 atau menghubung­inya di talian 016-4449670. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIHANTAR PULANG: Keranda yang mengandung­i rangka anggota tentera New Zealand diusung dengan penuh kehormatan pada upacara Send Off 16 rangka anggota tentera New Zealand di Kem Terendak semalam.
— Gambar Bernama DIHANTAR PULANG: Keranda yang mengandung­i rangka anggota tentera New Zealand diusung dengan penuh kehormatan pada upacara Send Off 16 rangka anggota tentera New Zealand di Kem Terendak semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KRONIK: Nur Ayra memerlukan bantuan bagi menampung kos pembedahan.
— Gambar Bernama KRONIK: Nur Ayra memerlukan bantuan bagi menampung kos pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia