Utusan Borneo (Sarawak)

Enam belas rangka anggota tentera New Zealand akan dihantar pulang

-

MELAKA: Sebanyak 16 rangka anggota tentera New Zealand di Perkuburan Perang Komanwel (CWG), Kem Terendak, Sungai Udang akan dihantar pulang pada 28 Ogos nanti.

Satu upacara penuh istiadat perhormata­n terakhir sempena ‘Send-Off’ kesemua rangka terbabit dari Kem Terendak ke Kem Wardieburn, Kuala Lumpur diadakan pada tengah hari semalam.

Seramai 300 anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wakil dari Kementeria­n Kesihatan menghadiri upacara tersebut sebagai simbolik penghormat­an pihak ATM kepada anggota tentera New Zealand yang telah dikebumika­n di CWG dari 1964 hingga 1969.

Turut hadir memberi penghormat­an ialah Panglima 10 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Komander Artileri 3 Divisyen Brigedier Jeneral Ahmad Abu Bakar dan wakil dari Tentera New Zealand, Group Captain Carl Nixon.

Upacara Istiadat berkenaan diketuai oleh seorang pegawai dan 36 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para).

Kesemua 16 keranda tersebut akan ditempatka­n sementara di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Kerajaan New Zealand pada 20 Ogos 2018 dalam Upacara Rasmi Penyerahan 28 rangka anggota tentera New Zealand (Op Te Auraki) daripada Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia