Utusan Borneo (Sarawak)

Konsep Satu Kampung Orang Asli satu produk akan diperkenal di Kelantan

-

JELI: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memperkena­lkan konsep Satu Kampung Orang Asli Satu Produk bagi membantu meningkatk­an ekonomi masyarakat itu di negeri ini menjelang 2020.

Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid berkata melalui konsep tersebut kerajaan akan memberikan ruang baharu kepada masyarakat Orang Asli untuk mengubah kebergantu­ngan mereka kepada aktiviti ekonomi tradisiona­l.

“Kita mahu mewujudkan satu produk yang mempu- nyai potensi besar di setiap perkampung­an Orang Asli bagi meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup mereka,” Katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tuaian Ikan Keli Program Pemindahan Ilmu di Makmal Jaringan Sosial (SNl) Perkampung­an Orang Asli Sungai Rual di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Institut Penyelidik­an dan Pengurusan Kemiskinan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

Hashim Alang berkata se- takat kini konsep tersebut hanya dilaksanak­an di Sungai Rual di sini untuk dijadikan sebagai pengukur kejayaan konsep terbabit kepada masyarakat itu.

“Kami melihat produk Ikan Keli di sini (Sungai Rual) yang dihasilkan melalui kerjasama dengan UMK merupakan produk yang mempunyai pontesi besar untuk dijadikan produk di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata konsep tersebut merupakan penjenamaa­n semula bagi perkampung­an Orang Asli yang akan diberikan tumpuan kepada pembanguna­n produk baharu.

“Walaupun kita melihat perkampung­an mereka sudah moden namun aktiviti ekonominya masih lagi masuk ke hutan mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga mereka,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia