Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota Rejimen Gerak Khas harus terus setia kepada raja dan negara

-

MERSING: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatk­an anggota Rejimen Gerak Khas agar terus berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dalam situasi perubahan aliran politik negara.

Baginda bertitah prinsip itu harus menjadi ikatan yang kuat kepada setiap anggota tanpa boleh disangkal.

“Tanamkan semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan serta jaga hubungan silaturrah­im yang muhibah antara satu sama lain agar ‘serumpun bak serai sesusun bak sirih’,’’ titah baginda pada perbarisan sambutan hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-53 di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, di sini.

Mengambil kira pelbagai dimensi ancaman yang kompleks kini, bag- inda berharap pemimpin dan anggota rejimen itu bersatu dan memberi perhatian yang lebih khususnya kepada tahap kesiapsiag­aan.

Tunku Ismail bertitah mereka perlu sentiasa proaktif dan terkini agar membentuk pasukan yang dinamik dalam dunia siber yang serba canggih.

“Pembanguna­n sumber manusia dan kecanggiha­n peralatan serta ilmu ketenteraa­n yang pelbagai juga perlu dimiliki bagi mendokong aspirasi angkatan tentera,” titah baginda.

Selain itu Tunku Ismail turut menzahirka­n terima kasih kepada rejimen berkenaan kerana telah memberi perhatian yang lebih kepada pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor bagi menyertai latihan kemahiran ketenteraa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia