Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan Speaker Dewan Rakyat terima kunjungan hormat PCOM

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon di bangunan Parlimen, semalam.

Pertemuan hampir setengah jam dengan lima wakil PCOM itu membincang­kan usaha dan sokongan Malaysia dalam membantu Palestin daripada menjadi mangsa penindasan rejim Israel.

Mohd Rashid berkata kunjungan hormat PCOM tersebut sebagai mengucapka­n tahniah kepada kerajaan baharu dan menyampaik­an ucapan terima kasih atas sokongan negara yang tidak pernah putus dalam membantu rakyat Palestin.

“Isu Palestin ini turut dibawa dalam kamar khas di Parlimen baru-baru ini dan menunjukka­n semua anggota Parlimen sentiasa memberi sokongan kepada mereka,” katanya selepas pertemuan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pada 25 Julai lepas membahaska­n usul berhubung tindakan Malaysia mengenai isu pelanggara­n hak kemanusiaa­n dan kekejaman terhadap Palestin oleh Israel di dalam kamar khas, di Bangunan Parlimen.

Usul itu didengari beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik). Perbahasan Nurul Izzah dijawab Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Sementara itu, Pengerusi PCOM Muslim Imran melahirkan rasa terharu kerana isu Palestin menjadi perkara yang mendapat perhatian rakyat negara ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia