Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa sehelai sepinggang, barang keperluan harian perlu segera

-

SEMPORNA: Mangsa kebakaran Kampung Air Hujung yang ditempatka­n sementara di Dewan Belia di Kampung Bangau-Bangau di sini, memerlukan bantuan segera termasuk barang keperluan harian.

Seorang mangsa kebakaran, Norpaida Paid, 40, berkata dia dan suami tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian kebakaran di kampung tersebut pada lewat petang kelmarin.

“Saya sempat mengambil dokumen penting sebelum lari menyelamat­kan diri bersama anak-anak dan suami.

“Semua hangus terbakar termasuk duit, tiada apa yang tinggal lagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Norpaida berkata ketika kejadian jiran sebelah rumah mengejutka­n suami dan memberitah­u rumah di hadapan terbakar.

“Apabila suami buka pintu, api marak di depan rumah kami,” katanya yang berharap ada bantuan segera untuk mangsa kebakaran.

Dalam pada itu, Ahaid Majindi, 40, berkata dia tidak menyangka asap kecil yang dilihat jauh dari kawasan rumahnya merebak pantas dan membakar sebahagian Kampung Air Hujung termasuk rumahnya sendiri.

“Pada jam 5.50 petang saya dan keluarga sedang mengemas barang di rumah ketika terlihat asap kecil tanpa menyangka asap itu petunjuk kepada kebakaran besar.

“Selepas beberapa minit, saya mendengar ada beberapa rumah terbakar dan saya keluar membantu memadamkan api dan malangnya ketika membantu rumah lain, rumah saya juga terbakar,” katanya.

Ahaid turut berharap terdapat bantuan kilat untuk dirinya serta mangsa kebakaran lain yang kini tinggal sehelai sepinggang.

Kebakaran besar yang berlaku petang kelmarin di Kampung Air Hujung Semporna itu memusnahka­n kira-kira 300 rumah sekali gus menyebabka­n lebih 2,000 mangsa hilang tem- pat tinggal.

Kejadian kebakaran itu turut memusnahka­n rumah ibu kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah, Chacho Bullah berkata pihaknya masih menyusun atur keperluan untuk membantu mangsa kebakaran.

“Setakat semalam ( kelmarin), Jabatan Kebajikan mula menyediaka­n makanan kepada mangsa,” katanya turut akan mengumpulk­an bantuan individu untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran. — Bernama

 ??  ?? DIPUJI: Alijus beramah mesra dengan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Sabah Datuk Dr Mingu Jumaan di hadapan kiosk kaunter MPT yang dibuka sempena Seminar ICT Sektor Awam Negeri 2018 Peringkat Wilayah Tawau.
DIPUJI: Alijus beramah mesra dengan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Sabah Datuk Dr Mingu Jumaan di hadapan kiosk kaunter MPT yang dibuka sempena Seminar ICT Sektor Awam Negeri 2018 Peringkat Wilayah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia