Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah MPT perkenal kaedah pembayaran atas talian dipuji

-

TAWAU: Langkah proaktif agensi kerajaan negeri seperti Majlis Perbandara­n Tawau ( MPT) memperkena­lkan kaedah pembayaran mudah secara atas talian amat dialualuka­n.

Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata berkata langkah itu dilihat sebagai penanda aras kepada agensi lain untuk turut berinovasi dalam perkhidmat­an mereka.

“Kerajaan hari ini meraikan idea baharu dan sentiasa melakukan penambahba­ikan untuk memastikan Sabah sentiasa berdaya maju dan berdaya saing di peringkat global.

“Khususnya menerusi idea baharu di luar kebiasaan atau kelaziman,” katanya serta menekankan program ‘Busi- ness Process Reengineer­ing’ perlu diamalkan setiap agensi.

Sarifuddin berkata demikian menerusi teks ucapan perasmiann­ya yang dibacakan Presiden MPT Alijus Sipil sempena Seminar ICT Sektor Awam Negeri 2018 Peringkat Wilayah Tawau di sini pada Selasa.

Menurutnya, kerajaan hari ini sentiasa berusaha untuk meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat dan mewujudkan sebuah pentadbira­n yang bersih, terbuka dan berintegri­ti.

“Bertepatan dengan hasrat dan tuntutan terhadap perkhidmat­an awam untuk memberikan maklum balas yang pantas, tepat dan mudah melalui teknologi digital,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan turut komited menyediaka­n infrastruk­tur dan prasarana yang boleh menyokong pembanguna­n dan pelaksanaa­n ekonomi digital.

Bagaimanap­un, penjawat awam perlu memperkasa­kan diri dengan pengetahua­n dan kemahiran yang berterusan dalam aspek ekonomi digital dan kemahiran penting lain.

“Usaha pihak kerajaan juga perlu ditingkatk­an dalam mewujudkan inisiatif yang boleh menjadi pemudahcar­a dan memberikan kemudahan kepada orang awam.

“Misalnya, berkaitan pengeluara­n dan pembaharua­n lesen-lesen perniagaan serta kutipan hasil cukai kerajaan melalui kaedah pembayaran secara atas talian,” katanya.

 ??  ?? BENGKEL: Bahiwata bersama Fadzli (tiga kanan) dan Ramlee (dua kiri) menonton tayangan multimedia sebagai gimik perasmian program.
BENGKEL: Bahiwata bersama Fadzli (tiga kanan) dan Ramlee (dua kiri) menonton tayangan multimedia sebagai gimik perasmian program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia