Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas siasatan kes Musa dirujuk kepada pejabat Peguam Negara

-

KOTA KINABALU: Kertas siasatan berhubung kes laporan polis membabitka­n bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hampir siap dan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, bagaimanap­un terdapat sedikit tambahan percakapan perlu direkodkan untuk melengkapk­an kertas siasatan itu.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengeluark­an beberapa kenyataan berhubung perkara itu dan setakat ini sahaja maklumat yang kita ada pada masa ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Pada 14 Mei lepas, Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap Musa dipercayai berkaitan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Sebaik laporan polis dibuat, percakapan Juhar turut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Musa telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanap­un Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada BN berpaling tadah kepada Warisan.

Sementara itu, mengulas mengenai kebakaran yang memusnahka­n lebih 300 rumah di perkampung­an atas air Semporna, semalam Ramli berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang berjalan.

“Saya dimaklumka­n kebaka- ran di Semporna dipercayai daripada kebakaran sampah dan tiada unsur jenayah, bagaimanap­un Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sedang menyiasat,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, bekas Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) (Kesejahter­aan/Organisasi) Bukit Aman ACP Habibi Majinji dilantik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu bagi menggantik­an ACP M Chandra yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (START) Kontinjen Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia