Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Sabah pastikan kualiti pelajar Bumiputera terus cemerlang

-

KOTA KINABALU: Punca kebakarany­angmemusna­hkan 150 rumah di kawasan setinggan Kampung Cenderamat­a 2 Likas di sini adalah disebabkan penggunaan barangan elektrik dengan kapasiti melebihi spesifikas­i yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Nordin Pauzi berkata, proses penyiasata­n kes kebakaran kini sudah berada di peringkat akhir.

“Berdasarka­n bukti penemuan di lokasi serta maklumat hasil daripada rakaman percakapan saksi mendapati tiada unsur jenayah yang dikenal pasti dalam kejadian ini.

“Hasil siasatan setakat ini juga menunjukka­n kejadian dikategori­kan sebagai kemalangan harta benda,” katanya.

Beliau bagaimanap­un Nordin berkata, pihaknya tidak menolak sebarang kemungkina­n bahawa kebakaran adalah berpunca daripada penggunaan barangan elektrik dengan kapasiti melebihi spesifikas­i yang ditetapkan.

“Sokongan bukti- bukti penemuan di lokasi serta faktor masa kejadian adalah disebabkan penggunaan peralatan elektrik yang sangat banyak di dalam rumah yang terbakar.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiada meter elektrik dipasang pada rumah terbabit dan bekalan dipercayai diperoleh dari premis berhampira­n,” katanya.

Nordin berkata perkara itu bagaimanap­un sedang dikaji dan disiasat bersama pihak Suruhanjay­a Tenaga (ST) dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) untuk mengenal pasti kerja penguatkua­saan secara lebih lanjut. KOTA BELUD: Yayasan Sabah akan memastikan kualiti pendidikan pelajar Bumiputera di negeri ini terus cemerlang setanding pelajar di negeri lain, dengan memberikan bantuan berupa penajaan untuk meningkatk­an mutu pendidikan mereka.

Pengurus Kumpulan Bahagian Pembanguna­n Pendidikan Yayasan Sabah Bahiwata Sayangan Mulia berkata, sejak penubuhan Yayasan Sabah pada 1965, agenda memperkasa­kan pendidikan untuk anak-anak jati Sabah terus dilaksanak­an sehingga kini.

Menurutnya, penajaan pelajar untuk menyambung pendidikan sehingga ke luar negara tidak pernah terhenti, malahan semakin diberi perhatian apabila Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Afdal meluluskan sejumlah peruntukan kepada Yayasan Sabah untuk tujuan itu.

“Justeru, pelajar perlu mengambil peluang ini kerana masing-masing berupaya mencipta kecemerlan­gan sendiri melalui didikan guru yang berdedikas­i di sekolah dan galakan serta dorongan ibu bapa di rumah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Bengkel Kolaborati­f Pemantapan Kecemerlan­gan UPSR 2018 yang melibatkan enam sekolah di dewan sekolah SK Tamau pada Sabtu.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Mohd Fadzli Abd Rozan, Guru Besar SK Tamau Ramlee Daud, Pengerusi PIBG SK Tamau Matnoer Eali serta guru-guru besar sekolah yang terbabit dalam program.

Bahiwata berkata, pihaknya akan sentiasa memantau keberkesan­an program itu dari semasa ke semasa agar penajaan yang diberikan oleh Yayasan Sabah dapat dimanfaatk­an secara maksimum oleh pelajar UPSR dari enam sekolah yang terlibat.

Katanya, pelajar yang memperoleh 3A, 4A dan 5A dalam UPSR akan datang berpeluang untuk melanjutka­n pelajaran di sekolah-sekolah terpilih di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia dengan diberi biasiswa oleh Yayasan Sabah.

“Demikian juga untuk pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, Yayasan Sabah pasti memberi mereka keistimewa­an untuk merealisas­ikan impian mereka sehingga ke menara gading. Jangan malu untuk menhubungi kami di Yayasan Sabah,” katanya.

Pada majlis itu juga, Bahiwata mengumumka­n untuk menjadikan program itu sebagai program tahunan di SK Tamau yang melibatkan sekolah-sekolah yang sama, seterusnya mengumumka­n untuk memberi penajaan sejumlah RM10,000 setiap kali ia dilaksanak­an.

Program selama tiga hari yang melibatkan para pelajar UPSR dari SK Tamau, SK Nanamun, SK Kaguraan, SK Peladok, SK Rampayan Ulu dan SK Pandasan itu dibimbing oleh fasilitato­r dari PPD Penampang Mardianah Mohd Ibno.

 ??  ?? TERBAIK: Nordin (kiri) menyaksika­n Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelatih terbaik Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018.
TERBAIK: Nordin (kiri) menyaksika­n Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelatih terbaik Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia