Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bersaudara maut, motosikal dirempuh kenderaan dari belakang

-

TENOM: Dua bersaudara maut dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Tenom/ Keningau, berdekatan simpang ke Pusat Kebudayaan Murut Polong, selepas motosikal yang dinaiki kedua mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian itu berlaku pada Isnin kira-kira jam 7.15 malam di mana, motosikal ditunggang lelaki berusia 50 tahun manakala pembonceng berumur 44 tahun yang mengakibat­kan pembonceng maut di tempat kejadian sementara penunggang maut setelah sampai ke Hospital Tenom.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 32 tahun, warga asing yang bekerja di sebuah syarikat swasta tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanap­un, pemandu kenderaan pacuan empat roda telah menyerah diri di Balai Polis Tenom pada jam 9 malam dan laporan tangkapan terhadap suspek dibuat untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superinten­dan Firdaus Francis ketika mengesahka­n laporan itu berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah daripada kecuaian pemandu kenderaan itu yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabka­n kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang dan pembonceng motosikal dari arah Jalan Keningau menuju ke Pekan Tenom, manakala pemandu pacuan empat roda dari arah yang sama menuju ke Pekan Tenom.

Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu suspek telah merempuh sebuah motosikal dari belakang menyebabka­n mangsa dan motosikal terjatuh ke bahu jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia