Utusan Borneo (Sarawak)

PMNS HANTAR ENAM PETINJU KE THAILAND •

Bagi mengibar cabaran negara pada Kejohanan Muaythai Remaja Dunia (IFMA) 2018 dari 2-10 Ogos

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) menghantar seramai enam petinju untuk mengibar cabaran negara pada Kejohanan Muaythai Remaja Dunia (IFMA) 2018 yang berlangsun­g di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 10 Ogos ini.

Antara yang terpilih dua petinju SUKMA XIX Sarawak, Elias Ghazali Zulfikar (1415 tahun/57kg) dari Kelab Muaythai SS Fighters dan Prtasarath­ee A/L Punniyamoo­rthy (16-17 tahun/48kg) dari Kelab Muaythai SS Fighters.

Manakala empat lagi petinju ialah Johan Ghazali (1011 tahun/38kg) dari Kelab Muaythai SS Fighters, Syarif Nukman Norman (12 Tahun/ 34kg) dari Kelab Muaythai Buaya Putih.

Ayu Addyqa Azmi (1415 tahun/ 45kg) dari Kelab Muaythai Kenyalang dan Maurien Hii Sie Lin (1415 tahun/57kg) dari Kelab Muaythai D30 Miri.

Prtasarath­ee Punniyamoo­rthy yang merupakan atlet kebangsaan menjadi taruhan utama negara untuk memburu kilauan emas pada kejohanan berprestij itu.

Semalam berlangsun­g majlis penyerahan bendera negeri disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Dalam ucapan ringkas, Ong berharap petinju-petinju Sarawak terutamany­a atletatlet SUKMA XIX menggunaka­n sepenuhnya peluang itu untuk meningkatk­an kemahiran dan keyakinan mereka selain mengukur dan memper- baiki setiap kelemahan yang masih ada.

“Pendedahan sangat penting dan kejohanan ini menjadi landasan terbaik buat atlet-atlet muaythai kita memperoleh­i pengalaman bertanding pada kejohanan antarabang­sa.

“Saya percaya barisan petinju yang dihantar itu mampu memberikan saingan dan membawa pulang sekurang-

Pendedahan sangat penting dan kejohanan ini menjadi landasan terbaik buat atlet-atlet muaythai kita memperoleh­i pengalaman bertanding pada kejohanan antarabang­sa.

Dr Ong Kong Swee Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak

kurangya dua pingat emas,” katanya.

Beliau menambah kebanyakan petinju yang dihantar kali ini merupakan pelapis Sarawak yang dibentuk un- tuk menjadi atlet-atlet elit muaythai negeri pada 2020.

Sementara itu, Presiden PMNS Jumaat Ibrahim mengucapka­n penghargaa­n kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), PSS dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas sokongan membolehka­n persatuan menghantar penyertaan pada kejohanan kali ini.

Kontinjen Sarawak diiringi Pengurus Pasukan, Norizan Ibrahim berlepas ke Thailand semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Ong (dua kiri) dan Norizan (dua kanan) bersama barisan atlet dan pegawai muaythai Sarawak pada majlis penyerahan bendera kelmarin.
SEMOGA BERJAYA: Ong (dua kiri) dan Norizan (dua kanan) bersama barisan atlet dan pegawai muaythai Sarawak pada majlis penyerahan bendera kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia