Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong aktiviti manfaat komuniti

Persatuan bekerja tanpa banyak soal diyakini bawa banyak manfaat kepada persatuan, komuniti

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Aktiviti membawa manfaat dan kebaikan kepada komuniti dilaksanak­an sesebuah persatuan perlu disokong memandangk­an ia dapat membantu memajukan komuniti itu.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata sesebuah persatuan yang bekerja tanpa banyak soal dalam pelbagai tugasan termasuk membawa lebih ramai penyertaan anak muda diyakini membawa banyak manfaat kepada persatuan dan komuniti setempat.

“Persatuan Melanau Bintulu (PMB) berjaya mencecah usia 40 tahun dan tanpa banyak soal ahli-ahlinya bekerja bersama menjalanka­n tugas dan saya yakin ia bermanfaat untuk komuniti,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 PMB di Dewan Suarah Bintulu malam kelmarin.

Beliau menyifatka­n resolusi diserahkan PMB kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 19 Julai tahun lalu satu daripada aktiviti amat baik.

Persatuan Melanau Bintulu (PMB) berjaya mencecah usia 40 tahun dan tanpa banyak soal ahli-ahlinya bekerja bersama menjalanka­n tugas dan saya yakin ia bermanfaat untuk komuniti.

Datuk Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

“Saya tahu resolusi itu dan saya sokong semua resolusi yang diserahkan kepada Ketua Menteri itu agar menjadi kenyataan,” katanya.

Resolusi itu membabitka­n pembanguna­n empat kampung lama di bandar Bintulu iaitu Kampung Sinong, Kampung Masjid, Kampung Datuk dan Kampung Sebiew di bawah Pelan Induk Pembanguna­n Kerajaan, pembinaan sekolah menengah dan rendah agama di sini serta sebuah universiti penuh.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak itu turut menyanjung keupayaan anak-anak Vaie berkaliber dalam pelbagai bidang diceburi mereka dengan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat mem- beri makna komuniti Vaie mampu maju malah syarikat anak tempatan Vaie turut tersenarai Bursa Malaysia.

Mengimbau kembali sejarah pencapaian Vaie, tidak dinafikan ia amat besar kepada komuniti Bintulu menghadapi serangan lanun sebanyak dua kali pada 1862 iaitu sekitar 136 tahun lampau.

Katanya, menurut sejarahnya penduduk kampung merupakan komuniti Vaie yang begitu gagah berani melawan dan menangkis serangan lanun bermula dari Tanjung Kidurong tanpa bantuan Rajah James Brooke yang memerintah Sarawak dan Bintulu sebagai sebahagian wilayahnya.

“Komuniti Vaie begitu berani sehingga lanun melarikan diri dalam serangan itu memberi makna Vaie mempunyai semangat juang tinggi dan serangan lanun itu merupakan yang terakhir di bumi Sarawak,” katanya yang juga penaung PMB.

Beliau menyifatka­n sejarah itu memperliha­tkan komuniti Vaie mampu berjuang memajukan diri dalam pelbagai bidang dari sudut ekonomi dan sebagainya.

Dalam pada itu, Talib turut menyaranka­n agar PMB mempromosi makanan tempatan Vaie seperti ‘te’bes ti’ong dan numai’ agar dapat menjadi makanan ikon termasuk belacan popular untuk menarik kehadiran pelancong terutama mempromosi­kannya dalam Paruk Vaie ( Dapur Bintulu) semasa Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu pada masa depan.

“Banyak makanan biasabiasa tetapi tumpuan kita makanan tempatan, justeru saya memperuntu­kkan geran RM10,000 untuk mempromosi makanan Vaie.

“Urus betul-betul, sekiranya ada pelancong datang kita hidangkan makanan itu dan pastinya mereka mencari makanan tempatan di pasar dan kampung-kampung di sini,” katanya.

Beliau berkata, itu satu cara mempromosi aktiviti ekonomi melalui makanan dan pelanconga­n memandangk­an mungkin ramai yang datang melawat kampung kita dan kita mengambil peluang berniaga dengan cara itu terbukti di seluruh dunia orang luar suka makanan tempatan.

Selain itu, Talib turut menyeru komuniti Vaie memupuk budaya bergotongr­oyong dan bekerjasam­a dalam pelbagai acara seperti kenduri dan sebagainya supaya kerja yang berat akan menjadi ringan.

Terdahulu, diadakan penyampaia­n Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas-bekas yang dipertua PMB dari 1978 hingga 2016, persembaha­n hiburan serta cabutan bertuah.

Turut hadir isteri Talib Datin Dr Zaliha Abdullah, Yang Dipertua PMB Shamsuddin Abdul Razak, Penasihat I PMB Datu Mohidin Ishak, Penasihat II PMB Temenggung Rosli Kamarudin, Timbalan Yang Dipertua PMB Kederi Junaidi, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir (bekas Timbalan Residen Bintulu), Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Bintulu Abdul Kadier Sahib, Datuk Pengiran Daud Awang Putera, ahli-ahli exco PMB, ketua- ketua jabatan dan tetamu lain.

 ??  ??
 ??  ?? SAMBUTAN: Talib (empat kiri) dan isteri, Mohidin, Shamsuddin bersama ahli exco PMB dan tetamu menyempurn­akan pelancaran Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Melanau Bintulu.
SAMBUTAN: Talib (empat kiri) dan isteri, Mohidin, Shamsuddin bersama ahli exco PMB dan tetamu menyempurn­akan pelancaran Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Melanau Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia