Utusan Borneo (Sarawak)

DJ Dave dan Nash ziarah pelakon era P. Ramlee

-

KOTA BHARU: Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meneruskan khidmat sosialnya dengan menziarahi pelakon tambahan veteran yang uzur, Abdul Kadir Mamat, 77, di Kampung Kedai Lalat di sini, pada Selasa.

Pengerusin­ya Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali dengan DJ Dave berkata lawatannya itu bagi memberi semangat dan menghargai sumbangan Abdul Kadir dalam bidang seni.

“Pihak yayasan sentiasa prihatin dan turun padang menemui artis yang berdepan dugaan hidup termasuk yang mengalami masalah kesihatan. Kami harap kedatangan kami ini akan memberi semangat untuk Pak Dir (Abdul Kadir) segera sembuh,” katanya kepada pemberita di kediaman Abdul Kadir.

DJ Dave yang turut ditemani Anggota Pemegang Amanah YKAT Datuk Jamaluddin Elias atau Nash turut menyampaik­an sumbangan wang kepada Abdul Kadir.

Beliau turut mendendang­kan lagu pertamanya yang berjudul ‘Ku Tak Ingin Menangis Lagi’ bagi menghiburk­an dan memenuhi permintaan Abdul Kadir.

Abdul Kadir uzur sejak beberapa bulan lepas selepas penglihata­nnya terganggu akibat luka di dalam matanya.

Beliau pernah berlakon dalam filem arahan Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee seperti ‘Kanchan Tirana’, ‘Ali Baba Bujang Lapok’ dan ‘Pendekar Bujang Lapok’.

Dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’, Abdul Kadir merupakan penyamun pertama yang dijirus dengan minyak panas oleh Marjina lakonan Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Sementara itu,

Abdul Kadir berkata tiada perkataan yang dapat menggambar­kan kegembiraa­nnya apabila menerima kunjungan penghibur tersohor itu.

“Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga mampu saya luahkan.

Kunjungan ini amat bermakna bagi saya,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? DISAMBUT GEMBIRA: DJ Dave (kiri) beramah mesra dengan Abdul Kadir semasa melawat dan menyampaik­an bantuan kepada pelakon itu di rumahnya kelmarin. Turut kelihatan adalah Nash (tengah). TIDAK DILUPAKAN: DJ Dave (kiri) memeluk Abdul Kadir semasa melawat...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama DISAMBUT GEMBIRA: DJ Dave (kiri) beramah mesra dengan Abdul Kadir semasa melawat dan menyampaik­an bantuan kepada pelakon itu di rumahnya kelmarin. Turut kelihatan adalah Nash (tengah). TIDAK DILUPAKAN: DJ Dave (kiri) memeluk Abdul Kadir semasa melawat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia