Utusan Borneo (Sarawak)

PENYELESAI­AN BANJIR DICARI

Mesyuarat koordinasi pelbagai agensi diadakan hari ini tangani banjir kilat di Miri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah dan Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Mesyuarat koordinasi pelbagai agensi akan diadakan hari ini untuk mengkaji dan mengetahui perkembang­an terkini pelbagai projek mitigasi susulan kejadian banjir kilat di bandar raya ini, semalam.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, antara agensi terlibat ialah Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Adalah amat dikesali bahawa banyak kawasan di Miri mengalami banjir selepas hujan lebat luar biasa yang melanda bandar raya ini malam tadi (kelmarin) dan pagi ini (semalam).

“Sebab berlakunya banjir adalah kerana hujan (lebat) berlarutan dalam tempoh yang singkat menyebabka­n sistem saliran sedia ada tidak dapat menampungn­ya.

“Sesetengah sistem perparitan mengalami gangguan disebabkan oleh kelodak serta tersumbat dan lebih banyak perparitan perlu dibina untuk mengatasin­ya,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Katanya, Pasukan Bertindak MBM turut turun padang untuk mencari jalan penyelesai­an bagi mengurangk­an masalah banjir sebaik mungkin.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir kilat semalam ialah Kem Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan (RS) di Sungai Rait.

Ketua Kompeni Markas Batalion Ke-8 RS Mejar Mamat Hasan ketika dihubungi semalam berkata, banjir yang melanda kem tersebut disifatkan antara paling buruk berbanding sebelum ini.

“Air yang mulai naik kirakira jam 5 pagi itu menyebabka­n balai pengawal, padang kawad dan dewan makan dinaiki air setinggi paras dada (orang dewasa).

“Tindakan yang kami ambil adalah memindahka­n barangan penting di kawasan terjejas ke tempat lebih tinggi di kawasan bilik penginapan anggota,” katanya sambil menambah banjir mulai surut sekitar jam 11 pagi.

Difahamkan, kedudukan kem tersebut bersebelah­an Sungai Rait dipercayai antara penyebab paras air menjadi semakin tinggi.

Dalam perkembang­an berkaitan, seramai 14 penduduk dari empat rumah di Kampung Bakam dilaporkan terpaksa berpindah sementara di dewan serbaguna kampung tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas rumah mereka dinaiki air.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, selain 14 yang dipindahka­n, terdapat juga 57 penduduk terjejas namun tidak berpindah ekoran keadaan rumah masih terkawal.

“Selain kawasan Taman Tunku, Kampung Bakam juga antara yang terjejas teruk, banyak rumah dan kereta yang dinaiki air.

“Turut dilaporkan terjejas ialah Kilometer 30 Lambir Jalan Pan Borneo di mana kira-kira jam 1.45 petang tadi (semalam) keadaan paras air tinggi sehingga paras dagu (orang dewasa) dan laluan trafik tergendala bagi semua jenis kenderaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Ujar Law, Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai di Bakong juga terpaksa ditutup semalam selepas sekolah tersebut dinaiki air sedalam kira-kira 1.5 meter.

Sementara itu, beberapa ka- wasan rendah di konstituen­si Parlimen Sibuti turut terjejas teruk dengan Ahli Parlimenny­a, Lukanisman Awang Sauni menerima banyak aduan dan laporan kejadian banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan Sibu Taman Tunku, Kem PLKN Sungai Rait, Kampung Kejapil, Jalan Miri Bintulu (berhampira­n Lambir Waterfall).

Turut terjejas ialah sekitar kawasan Sungai Dalam, Tukau dan Sekolah Agama Tukau, Miri serta Rumah Aron Skim Sepupok.

“Walaupun kita tidak dapat mengawal keadaan hujan, saya mengakui beberapa kawasan yang dilanda banjir seperti Taman Tunku adalah akibat masalah perparitan dan sistem saliran,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, projek tebatan banjir serta mendalamka­n sungai turut dilaksanak­an dengan peruntukan awal RM1.5 juta, namun masih belum mampu menangani bencana alam terbabit.

“Saya bersama ADUN Lambir akan mendapatka­n pandangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir melalui peruntukan RM10 juta yang diluluskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini,” jelasnya.

Lukanisman berkata, projek berkenaan belum bermula kerana masih dalam perbincang­an serta mencari kaedah terbaik menangani masalah banjir di Lambir.

“Penduduk atau pengguna jalan raya disaran tidak meneruskan atau meredah kawasan banjir bagi mengelak sebarang risiko yang boleh mengancam nyawa mereka,” jelasnya.

Penduduk terjejas banjir juga diminta berhubung dengan pihak Pejabat Daerah dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) sekiranya memerlukan bantuan.

Petang semalam, air dilaporkan mula surut di beberapa kawasan terjejas.

 ??  ?? TERJEJAS: Anggota Kem Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan yang meredah banjir bagi membantu memindahka­n barang-barang penting ke tempat lebih selamat. BANJIR TERUK: Anggota bomba berusaha membantu mengalihka­n salah sebuah kereta yang terkandas dalam banjir...
TERJEJAS: Anggota Kem Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan yang meredah banjir bagi membantu memindahka­n barang-barang penting ke tempat lebih selamat. BANJIR TERUK: Anggota bomba berusaha membantu mengalihka­n salah sebuah kereta yang terkandas dalam banjir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia