Utusan Borneo (Sarawak)

EV71 SAH PUNCA KEMATIAN KANAKKANAK DARI DARO

-

SIBU: Kementeria­n Kesihatan semalam mengesahka­n kematian seorang kanakkanak berusia dua tahun lima bulan di Hospital Sibu pada 28 Julai lalu disebabkan oleh Enteroviru­s 71 (EV71).

EV71 merupakan punca utama wabak jangkitan pernafasan akut teruk di Sarawak yang menyebabka­n 31 kematian di kalangan kanak-kanak berumur antara lima bulan dan enam tahun pada pertengaha­n 1997.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menerusi mesej WhatsApp kepada The Borneo Post mengesahka­n bahawa virus tersebut adalah punca kematian terbabit.

“Satu kematian di Pulau Pinang disahkan akibat EV71. Kes kematian di Sarawak juga disahkan EV71,” katanya.

Terdahulu, menurut satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro yang disyaki dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mengalami demam pada 24 Julai dan menunjukka­n ruam di tapak tangan dan kaki, selain ulser di dalam mulut pada keesokanny­a.

Kanak-kanak tersebut kemudianny­a dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada Rabu dan didiagnos dengan disyaki dijangkiti HFMD serta telah menerima rawatan. Ibunya telah dinasihat untuk mendapatka­n rawatan segera jika anaknya tidak sembuh.

Susulan itu, kanak-kanak terbabit dibawa ke Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Daro pada 27 Julai kerana keadaannya tidak stabil sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Namun demikian, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital sama pada jam 2.08 pagi 28 Julai, kata Dr Noor Hisham.

Menurut sumber The Borneo Post, kakak mangsa berusia enam tahun telah dimasukkan ke hospital sehari selepas mangsa didapati menunjukka­n symptom HFMD, namun sihat.

EV71 juga disahkan sebagai virus yang menyebabka­n HFMD tersebut.

“Dia telah didiscaj dan pulang ke rumah dua hari lalu,” kata sumber tersebut.

Berhubung kes HFMD, Dr Lee berkata setakat semalam, sebanyak 40,949 kes dicatatkan di seluruh negara dengan 4,708 di Sarawak.

Ditanya sama ada EV71 yang mengorbank­an 31 kanak-kanak pada 1997 di Sarawak kini kembali selepas tempoh hampir 10 tahun ( kes terakhir direkodkan pada 2009) membimbang­kan, Dr Lee berkata: “Setakat ini, kes kematian adalah terpencil namun kami memantau keadaan dengan rapi.”

Pada pertengaha­n 1997, wabak jangkitan pernafasan akut teruk di Sarawak menyebabka­n kebanyakan kanak-kanak meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital akibat kegagalan jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia