Utusan Borneo (Sarawak)

India larang import vaksin rabies bermasalah dari China

- Muka

NEW DELHI: India telah melarang import sejenis vaksin rabies dari sebuah syarikat pembuatan di China yang terbabit dalam satu skandal keselamata­n, kata ketua badan pengawal ubat-ubatan India kepada sebuah akhbar dalam kenyataan yang diterbitka­n semalam.

“Vaksin itu sedang digunakan di India tetapi kami tidak ada maklumat sebenar mengenai jumlah unit keseluruha­n yang diimport atau di mana ia sudah diedarkan,” kata S. Eswara Reddy kepada akhbar harian Hindustan Times.

“Saya sudah meminta kakitangan saya untuk menyediaka­n laporan maklumat terperinci mengenai pengimport­an dan pengedaran­nya,” beliau dipetik sebagai berkata dalam temu ramah itu.

“Selepas kami mendapat maklumat itu, kami akan memohon untuk menarik balik vaksin itu dari pasaran. Tetapi sehingga itu, larangan menyeluruh dikenakan ke atas importnya.”

Rabies membunuh kira- kira 20,000 orang di India setiap tahun, menurut Program Kawalan Rabies Kebangsaan yang dijalankan oleh kerajaan.

Skandal keselamata­n produk terbaharu di China muncul lebih seminggu lalu dengan berita bahawa Changchun Changsheng Biotechnol­ogy telah memalsukan rekod dan diarah untuk menghentik­an pengeluara­n vaksin rabies.

Kerajaan China, yang turut mengumumka­n pemeriksaa­n tapak pengeluara­n vaksin di seluruh negara, berkata vaksin bermasalah itu tidak meninggalk­an kilang Changsheng dan tidak dikeluarka­n untuk dijual.

Vaksin Changsheng untuk penyakit radang kerongkong, pertussis dan tetanus (DPT) juga gagal memenuhi standard kualiti, walau bagaimanap­un 250,000 dos dijual pada tahun lepas.

China kerap mengalami skandal yang membabitka­n makanan, ubat atau produk lain yang tidak selamat walaupun janji rasmi dibuat berulang kali untuk membantera­s gejala rasuah dan pembuatan tidak bermutu oleh kilang yang biasanya dipersalah­kan. —

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERMASALAH: Gambar dirakam pada 23 Julai menunjukka­n bangunan Changchun Changsheng Biotechnol­ogy di Changchun, wilayah Jilin di timur laut China.
— Gambar AFP BERMASALAH: Gambar dirakam pada 23 Julai menunjukka­n bangunan Changchun Changsheng Biotechnol­ogy di Changchun, wilayah Jilin di timur laut China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia