Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat terbakar di Mexico, 97 cedera

Selepas terhempas ketika ia berlepas dalam keadaan ribut hujan batu yang lebat

- Muka

DURANGO: Sebuah pesawat penerbanga­n Aeromexico terhempas ketika ia berlepas dalam keadaan ribut hujan batu yang lebat di utara Mexico, menyebabka­n pesawat terbakar dan mencederak­an 97 orang, kata pegawai kerajaan kelmarin.

Pesawat Embraer 190, yang beroperasi di antara Durango dan Kota Mexico dan terhempas sekitar jam 3 petang waktu tempatan, membawa “88 orang dewasa, sembilan orang bawah umur, dua bayi, dua juruterban­g dan dua atendan penerbanga­n”, kata ketua pengarah syarikat penerbanga­n terbabit Andres Conesa di satu sidang akhbar.

“Ia disahkan tiada kematian berlaku dalam nahas penerbanga­n #AM2431,” tweet Jose Rosas, gabenor negeri Durango di mana nahas itu berlaku.

Kemalangan itu menyebabka­n dua kecederaan yang serius: seorang juruterban­g terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang, dan seorang gadis mengalami kelecuran pada 25 peratus badannya, kata gabenor itu.

Seramai 97 orang dimasukkan ke hospital bagi mendapatka­n rawatan selepas nahas berlaku, kebanyakan­nya kecederaan “sangat ringan”, menurut jurucakap pertahanan awam Durango, Alejandro Cardoza.

Cardoza berkata pesawat itu terperangk­ap dalam keadaan ribut hujan batu dan juruterban­g cuba melakukan pendaratan kecemasan, sebelum kebakaran berlaku.

Conesa mengucapka­n terima kasih kepada kru “di atas profesiona­lisme mereka” dan berkata pesawat itu “diselengga­ra dengan amat baik sekali” tetapi tidak memberi maklumat tentang keadaan di sebalik nahas itu.

Syarikat pembuatan pesawat Brazil, Embraer, meng- umumkan penghantar­an sebuah pasukan bagi menyiasat nahas itu.

Puluhan penumpang yang cedera ringan kelihatan meninggalk­an pesawat, yang diselubung­i asap kelabu di sebuah kawasan lapang.

Imej yang diambil menggunaka­n dron dan diperolehi AFP menunjukka­n pesawat itu tidak dapat bergerak di sebuah kawasan lapang pada hujung landasan kapal terbang.

“Kami berada di landasan ketika penglihata­n bertam- bah buruk,” kata Jacqueline Flores, 47, yang terbang bersama anak perempuann­ya yang berusia 16 tahun, kepada AFP.

“Ketika kami sudah terbang, tinggi di langit, ia rasa seakan- akan pesawat itu akan terbang mendatar tetapi ketika itulah ia menjunam ke bumi.

“Saya fikir kami jatuh semula ke landasan kerana ia adalah permukaan yang keras, kemudian kami tergelinci­r di atas tanah sehingga ia berhenti,” ujar anak jati Durango itu, seorang suri rumah yang hendak balik ke Colombia di mana dia tinggal.

Ketika pesawat berada di atas tanah di tengah-tengah semak dan tumbuh-tumbuhan, Flores berkata bagasi mula menggelong­sor di antara ruang deretan tempat duduk dan dia mula menghidu bau asap.

“Saya membuka tali keselamata­n dan ternampak api, dan menyedari kami mesti terjun.

“Terdapat lubang di sebelah kami dan pesawat sudah pecah, saya memberitah­u anak saya ‘kita mesti terjun di sini’ dan kami terjun,” ujarnya.

Menurut Rosas, penumpang membantu satu sama lain untuk keluar dari pesawat dengan cepat menerusi lubang pada kabin yang disebabkan oleh nahas itu.

Pada Julai 1981, sebuah pesawat penerbanga­n Aeromexico terhempas ketika mendarat di utara Chihuahua akibat cuaca buruk, dan membunuh 32 orang. —

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukka­n anggota bomba memadamkan api yang menyelubun­gi pesawat Embraer selepas ia terhempas di negeri Durango di timur Mexico kelmarin.
— Gambar Reuters TERBAKAR: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukka­n anggota bomba memadamkan api yang menyelubun­gi pesawat Embraer selepas ia terhempas di negeri Durango di timur Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia