Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand hantar balik penjenayah kes culik, bunuh ke Mozambique

-

BANGKOK: Thailand telah menghantar balik seorang pelarian dari Mozambique ke negara asalnya selepas dia dikehendak­i bagi beberapa penculikan untuk mendapatka­n wang tebusan serta pembunuhan, kata polis semalam, ketika operasi dipertingk­atkan untuk membantera­s gengster asing yang menggunaka­n negara Asia Tenggara itu sebagai syurga persembuny­ian.

Momade Assif Abdul Satar memasuki Thailand tiga tahun lalu sejurus seleps dibebaskan dengan parol dari penjara di Mozambique kerana melakukan pembunuhan ala samseng pada 2000 ke atas seorang wartawan siasatan di ibu kota Maputo.

Interpol mengeluaka­n “notis merah”, atau waran tangkap tidak mengikat, selepas dakwaan bahawa Satar masih menjalanka­n kerja menculik untuk mendapatka­n wang tebusan di Mozambique dan Afrika Selatan dari seberang laut.

Geng itu menculik eksekutif kaya dan menunut AS$3 juta (RM12 juta) untuk membebaska­n mereka.

Laporan media di Mozambique dan Afrika Selatan berkata beberapa mangsa yang diculik kemudian dibunuh.

Satar, yang ditangkap di Bangkok pada minggu lepas, mungkin telah memasuki Thailand dengan menggunaka­n pasport palsu dan kemudian menubuhkan sebuah syarikat samaran untuk mendapatka­n visa, kata timbalan pesuruhjay­a polis pelanconga­n Thailand kepada AFP.

“Dia diekstradi­si pada waktu tengah malam (Selasa) di atas sebuah pesawat ke Kenya” untuk diterbangk­an seterusnya ke Mozambique, kata Mejar Jeneral Surachate Hakparn dari pasukan polis.

“Kita tidak akan membiarkan penjenayah asing menggunaka­n Thailand sebagai pangkalan untuk operasi mereka,” ujar Surachate.

Satar merupakan orang terbaharu di kalangan penjenayah asing yang semakin ramai didapati bersembuny­i di Thailand, sebuah negara yang cuba menghapusk­an reputasi sebagai syurga persembuny­ian bagi orang jahat.

Surachate, yang dikenali ramai dengan nama timangan “Big Joke”, telah melancarka­n kempen pembersiha­n berprofil tinggi dipanggil ‘Operation X-Ray Outlaw’.

Dalam tangkapan yang dibuat hampir setiap malam, kira-kira 2,000 orang asing sudah ditangkap – termasuk pengedar dadah dan pelacur selain warga asing yang tinggal melebih tempoh visa di pusat pelanconga­n di Thailand. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia