Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK JADI KUASA RAGBI

-

KUCHING: Sukan bina badan Sarawak masih memerlukan dana kerajaan untuk pembanguna­n serta program pencarian bakat.

Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak ( SBBA), Datuk Wee Hong Seng sambil mencadangk­an sekiranya acara sukan itu boleh diserapkan sebagai salah satu program acara besar dianjurkan di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Contohnya pesta bandar raya, pesta makanan, karnival kebudayaan dan sambutansa­mbutan peringkat negeri.

“Mr Benak merupakan contoh yang bagus di mana pertanding­an ini merupakan antara acara kemuncak Pesta Benak di Sri Aman setiap tahun,” katanya pada Majlis Perasmian Kejuaraan Mr Boulevard & Mr BBS 2018 di pusat beli-belah Boulevard di sini semalam.

Beliau turut mengumumka­n bahawa di Pesta Benak, Sri Aman diadakan Mr Benak 2018 pada 5 Ogos ini.

Turut membanggak­an ramai kontinjen bina badan Sarawak berangkat ke Bandaraya Bersejarah Melaka untuk Kejuaraan Bina Badan Kali Ke-49 berlangsun­g pada 17 hingga 19 Ogos ini.

Pada masa sama, beliau turut berharap sekiranya pengurusan pusat beli-belah mega seluruh negeri mengikut jejak Boulevard menganjurk­an acara bina badan.

Wee berkata, ia adalah situasi menang-menang kerana SBBA banyak membantu mengenal pasti bakat-bakat baharu bina badan serta memberi ruang kepada atlet senior bersaing secara sihat dan memperbaik­i prestasi masing-masing.

Manakala bagi pengurusan pusat beli-belah, acara ini mampu menarik ramai pengunjung dan kehadiran mereka boleh dilihat sebagai prospek jualan yang besar.

Semalam penganjura­n untuk tahun kelima Mr Boulevard & Mr BBS sejak dimulakan pada 2014 merupakan salah satu program dalam kempen tahunan Minggu Kesihatan Boulevard.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian hadir ditemani Pengurus Pemasaran dan Acara Boulevard Shopping Mall, Chin Sze King.

Kategori dipertandi­ngkan adalah bina badan sementara Mr BBS bagi kategori susuk tegap (Athletic Physique).

Pengarah Borneo Bodybuildi­ng Supplement (BBS), Adrian Wong merupakan penaja utama pertanding­an tersebut.

Tahun demi tahun, pertanding­an tersebut kian berkembang dan ramai ‘ahli alumni’ Mr Boulevard sudah memahat kejayaan masing-masing di peringkat tempatan, serantau dan global.

Di samping itu, komposisi peserta sudah tidak hanya melibatkan atlet Sarawak malah seluruh Malaysia serta Brunei dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Pada masa sama, Dr Sim berkata ramai atlet sukan bina badan tempatan mencipta sejarah di peringkat antarabang­sa dan mengharumk­an nama negeri.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAING: Sebahagian peserta sukan bina badan yang menyertai kejohanan itu semalam.
BERSAING: Sebahagian peserta sukan bina badan yang menyertai kejohanan itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia