Utusan Borneo (Sarawak)

Puisi berkesan terap integriti, patriotik

Penggiat seni diseru pupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia dan pelajar sekolah

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Nilai-nilai murni harus diterapkan dalam penghasila­n puisi untuk memupuk nilai integriti tinggi dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia dan pelajar sekolah.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, puisi merupakan cara berkesan bagi menerap nilai integriti dan semangat patriotik dalam diri individu kerana ia mudah dipelajari di sekolah rendah dan menengah.

“Justeru, dengan memasukkan unsur-unsur integriti, amanah serta kejujuran dalam karya masing-masing, ia turut menjadi salah satu cara bagi mendidik serta memberikan kesedaran buat rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Puisi Nasional Ke- 20 di Hotel Kemena Plaza di sini, semalam.

Fatimah berkata, puisi, sajak dan syair juga merupakan cara berkesan bagi menerapkan nilai jati diri yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Jelas terbukti bahawa puisi serta sebarang bentuk kesusaster­aan lain telah membantu ke arah pembentuka­n modal insan cemerlang.

“Pada masa sama, bersikap amanah dan jujur, sama ada di tempat kerja atau persekitar­an tempat kita tinggal,” ujarnya.

Katanya, puisi yang merupakan salah satu cabang seni masyarakat di negara ini sejak sekian lama sememangny­a amat berkesan sebagai medium untuk menyampaik­an mesej berbentuk pengajaran dan wahana bagi mengukuhka­n nilai jati diri.

Ia turut menjadi platform bagi mengeratka­n lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat, tambahnya.

Sehubungan itu, Fatimah menghargai usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) atas penganjura­n program berimpak positif terhadap masyarakat itu.

“Program ini secara amnya, turut membolehka­n semua penggiat seni puisi di negeri ini berkongsi idea dan pendapat mengenai ilmu kesenian puisi yang mempunyai skop yang cukup luas,” ujarnya.

Pada program itu, pihak penganjur turut menyampaik­an Anugerah Penyair GAPENA 2018 kepada dua tokoh sasterawan iaitu Datu Dr Adi Badiozaman dan Zainal Abidin Suhaili.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Justeru, dengan memasukkan unsurunsur integriti, amanah serta kejujuran dalam karya masing-masing, ia turut menjadi salah satu cara bagi mendidik serta memberikan kesedaran buat rakyat. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Fatimah (lima kanan) menyampaik­an Anugerah Penyair GAPENA 2018 kepada Zainal pada majlis tersebut.
PENGIKTIRA­FAN: Fatimah (lima kanan) menyampaik­an Anugerah Penyair GAPENA 2018 kepada Zainal pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia